Thursday, September 22, 2011

KEJAHILAN HANTU BONCENG MENULAR KE LEMBAGA PENAPISAN FILEM


Rupa-rupanya agensi kerajaan seperti Lembaga Penapisan Filem juga tidak cukup sifat apabila Pengerusinya, Raja Azhar Raja Ahmad berkata, salah satu adegan dalam filem Hantu Bonceng sebenarnya tidak salah, bahkan boleh diberikan pelbagai tafsiran dengan penjelasan yang kelihatan amat mengelirukan.


Raja Azhar berkata, ucapan yang dibuat oleh salah seorang pelakon dalam filem tersebut, TIDAK SALAH dari segi agama kerana ia bukanlah ayat penuh sebaliknya terhenti sebelum disambung dengan perkataan 'SYAITAN'.

Petikan ulsasan LPF dari mstar :

"Beliau berkata dalam babak pelawak terkenal Zizan yang sedang terlantar di hospital selepas kemalangan jalan raya yang menyebabkan wanita yang membonceng motosikalnya maut, Zizan telah mengucap kalimah syahadah setiap kali muncul wajah wanita yang maut itu.


"Dalam kesemua kalimah (Zizan) ada elemen berhenti sekejap. Oleh itu, tidak timbul sama sekali isu mempersendakan syahadah kerana perkataan syaitan tidak disebut dalam satu nafas," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.


"LPF sejak kali pertama menapis filem ini telah memberi perhatian yang teliti sebelum membuat keputusan. Lembaga sentiasa berpegang kepada empat elemen utama dalam sesuatu penapisan iaitu keselamatan dan ketenteraman awam, keagamaan, sosio budaya, ketertiban dan ketatasulisaan."

Alasan itu sebenarnya sangat dangkal, sangat cetek dan sangat tidak bertanggungjawab. Ternyata, pemberatan terhadap Islam yang diuar-uarkan oleh Kerajaan, ternyata tidak dapat diserapi dan dipraktikkan oleh agensi-agensi di bawah kerajaan sendiri. Sebaliknya dengan menggunakan logik akal, mereka menghalalkan sebarang cara dan perbuatan yang amat mengejikan.


Walau apa pun persepsi yang cuba ditanamkan oleh Pengerusi LPF, filem itu sebenarnya memperlihatkan betapa KURANG AJARNYA LPF dan kesanggupan LPF untuk melihat penghinaan terhadap Nabi Muhammad s.a.w dalam bentuk yang telah diperingatkan oleh Allah Taala dan larangan-Nya terhadap momokan dan memperolokkan apa-apa sahaja yang berkaitan agama bagi tujuan lawak jenaka.

Apakah sebenarnya LPF juga sedang dilanda pluralisme dan moderat keterlaluan sehinggakan kalimah Syahadah yang merupakan rukun pertama seseorang itu Muslim atau Mukmin boleh dijadikan bahan lawak jenaka dengan penuh tolak ansur?

Sebelum ini, pengarah merangkap penerbit filem tersebut telah memberikan respons terhadap kritikan terhadap filem itu dengan menyuruh orang yang mengkritik agar belajar lagi dan mendalami ilmu agama sebelum mengkritiknya. Anehnya, dia yang menyuruh orang, dia pula yang memang sah memperolokkan Islam.

LPF seharusnya perlu sentiasa mengawasi anasir-anasir syaitan yang cuba memperlekehkan dan memperlecehkan Islam, atau menjadikan elemen-elemen sebagai lawak jenaka kerana Islam sebenarnya bukan bahan lawak jenaka seperti yang dilakukan oleh kebanyakan orang politik.

Malangnya, tugas tersebut dipikul secara sambil lewa dan LPF sendiri sudah menyediakan jawapan berdasarkan logik akal mereka agar yang dipersalahkan nanti adalah golongan yang tidak dapat menerima lawak jenaka yang menggunakan elemen-elemen Islam sebagai produknya!!!!

No comments:

Post a Comment