Friday, September 9, 2011

Jakim : Khalid Samad Sebar Ajaran Sesat ?

Ketua Pengarah Jakim dipetik berkata tauliah penceramah diperlukan bagi melindungi kesahihan agama Islam yang disampaikan.

Komen itu dikeluarkan ketika mengulas isu ahli parlimen Shah Alam Kalid Samad yang dikenakan tindakan undang-undang oleh JAIS selepas didapati menyampaikan ceramah tanpa tauliah di sebuah surau di Kapar.



Penceramah mestilah:
  1. Tidak disalah gunakan selain daripada mengajak umat Islam taat ajaran agama.
  2. Mempunyai ciri-ciri sebagai pendakwah.
  3. Boleh dipercayai
  4. Menjadi contoh ikutan.
  5. Tidak menyentuh isu politik
  6. Tidak bertentangan dengan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Ceramah yang disampaikan oleh orang yang tidak bertauliah bakal menimbulkan keresahan dan kekeliruan umat Islam.


Satu soalan yang menarik untuk dijawab adalah apakah politik tidak ada dalam Islam dan politik merupakan satu dunia lain yang tidak ada kena mengena dengan Islam. Berpolitik membuatkan seseorang Islam itu tersesat jalan sehingga politik tidak dibenarkan dibualkan oleh para penceramah dan para ilmuan Islam. Apa benarkah itu merupakan ajaran Islam?

Barangkali sebab itulah Dr Asri juga ditangkap kerana berkuliah tanpa tauliah sebelum ini di Ampang. Dia sering memberikan pandangan sensasi pedas dan pedih menyentuh hal ehwal politik. Oleh kerana pendakwah yang bercakap pasal politik adalah sesat maka Dr Asri secara lansung merupakan pendakwah yang sesat.

Sumber : wartashubhi.blogspot.com

No comments:

Post a Comment