Saturday, September 24, 2011

Isu hudud dicetus Tun Mahathir kerana pilihan raya


KUALA LUMPUR 23 Sept. - Dewan Pemuda Pas hari ini mengakui isu pelaksanaan hukum hudud yang timbul kembali kebelakangan ini disebabkan negara bakal menghadapi pilihan raya umum dalam masa terdekat.

Namun apa yang menghairankan, Ketuanya, Nasrudin Hassan (gambar) mendakwa isu itu ditimbulkan oleh pemimpin serta bekas pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN) sedangkan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat baru-baru ini terbukti menyatakan bersedia melaksanakan hudud di Kelantan pada bila-bila masa.

"Isu (hudud) ini tidak pernah muncul pada musim panas mahupun musim sejuk. Juga tidak timbul pada musim kemarau atau musim hujan.

"Bahkan isu hukum hudud ini tidak langsung kedengaran pada musim lain seperti musim haji, musim perayaan, musim cuti hatta musim durian sekalipun. Isu hudud hanya muncul dengan segala ribut polemiknya apabila tiba musim pilihanraya." katanya.

Beliau berkata demikian dalam blognya http://www.eperjuangan.com/ di bawah entri bertajuk 'Isu Hudud Petanda Akhir Masuknya Musim Pilihanraya' hari ini.

Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar kelantan baru-baru ini dilaporkan berkata beliau memohon kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membenarkan negeri itu melaksanakan hudud dan qisas.

Malahan, Nik Aziz pada 18 September lalu turut menyalahkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai 'punca' kegagalan Kelantan melaksanakan hudud sehingga menyaksikan negeri itu mencatatkan bilangan pesakit HIV palong tinggi di negara ini untuk 2010.

Sementara itu, Nasrudin menyatakan sokongan tidak berbelah bagi terhadap Nik Abdul Aziz untuk melaksanakan hudud di Kelantan dan meminta supaya para pemimpin Islam BN, UMNO serta masyarakat bukan Islam supaya mendalami hukum Islam tersebut.

"Musim pilihan raya hampir serupa dengan musim tengkujuh dalam beberapa aspek terutama ribut yang menghuru-harakan dan petir yang gegak-gempita," katanya.


Antara ribut yang menghuru-harakan dan petir yang gegak-gempita


• Anwar sudah habis modal politik - Zaid Ibrahim
• Hudud hanya sandiwara politik Pas
• Pas hanya politikkan hukum hudud - Awang Adek
• Nik Aziz ulang tayang drama bersiri Ketua Pergerakan Puteri UMNO
• Pas putar lagu lama - Ibrahim Ali

No comments:

Post a Comment