Friday, September 9, 2011

Anggun seorang peguam

TIGA finalis teratas diraih oleh peserta tempat pertama Toh Mi Mi
(tengah), tempat kedua, Umayaal (kanan) dan hadiah ketiga, Juliana
Selain mengenakan gaun menarik di pentas peragaan, para finalis juga turut mempersembahkan tarian bersama anak masing-masing dengan memakai pakaian khas bagi menggambarkan tugas ibu sebagai wanita berkerjaya, eksekutif dan chef dalam sesebuah keluarga.


Ramai yang terpesona dengan kelincahan para finalis menari mengikut irama lagu rancak terutamanya kepada peserta paling senior iaitu Ramona Ramli, 58, nenek kepada lima orang cucu.

Lima finalis mara

Daripada pemerhatian juri terhadap keyakinan dan penampilan finalis ketika beraksi di atas pentas, lima daripada 15 finalis telah dipilih untuk mara ke pusingan seterusnya.


Lima finalis yang berjaya tersebut ialah Norhayati Mohd. Ariffin, K. Vanitha, Juliana Mohamed, V. Umayaal dan Toh Mi Mi. Mereka kemudian diuji mengenai pengetahuan mereka dalam aspek penjagaan kecantikan dalaman.

Selepas melalui sesi soal jawab bersama barisan juri iaitu tokoh politik, aktivis sosial, bekas ratu cantik Sudhir Gandhi; duta Glow dari Sri Lanka, Rosy Senanayake; pelakon, Noniswara Baharudin dan penerbit, Nancie Foo, gelaran Glowing Youthful Mother 2011 dinobatkan buat ibu kepada dua anak, Toh Mi Mi yang juga seorang peguam.


Kemenangan tersebut melayakkannya membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM5,000 bersama produk suplemen kulit daripada Mega Lifesciences Sdn. Bhd.
Tempat kedua dan ketiga pula disandang oleh V. Umayaal dan Juliana Mohamed. Masing-masing membawa pulang wang tunai RM3,000 dan RM2,000 serta produk suplemen kulit daripada Mega Lifesciences Sdn. Bhd.

“Saya tidak menyangka akan meraih kemenangan sebegini kerana saya sudah cukup gembira apabila berada di kelompok tempat tiga teratas.
“Bagi saya, semua wanita boleh lakukan apa yang saya lakukan iaitu menjaga kecantikan dari dalaman. Apa yang perlu ada ialah keyakinan, hidup lebih positif selain disusuli dengan gaya hidup sihat serta mengambil mikronutrien,” ujar Umayaal.
Hormati tubuh
Sebagai seorang doktor yang baru enam bulan melahirkan bayi, Umayaal memberitahu, wanita kini perlu menghormati tubuh badan masing-masing.
“Kita ialah apa yang kita makan. Kita perlu menjaga diri sendiri sebelum kita boleh menjaga orang lain.
“Jadi, bagi saya Glow adalah suplemen yang bagus untuk kesihatan kulit berbanding kosmetik,” ujarnya.
Dalam pada itu, ibu kepada tiga orang anak, Juliana pula memberitahu, ramai orang tidak percaya bahawa dia memiliki tiga orang anak.
“Setiap kali orang bertanya, saya akan memberitahu bahawa saya mengambil makanan tambahan mikronutrien selain mengamalkan gaya hidup sihat serta positif.
“Walaupun ramai wanita di luar sana yang berkerjaya, jangan sesekali berkompromi dengan kesihatan. Segalanya bermula dari dalam diri,” jelasnya.
Selain mahkota kemenangan diberikan buat peserta yang menduduki tempat tiga teratas, beberapa kategori anugerah turut diberikan kepada para finalis.
Anugerah Miss Confidence diberikan kepada Toh Mi Mi, Miss Personality dan Miss Priviledge Glow Member Choice Award jatuh kepada Joanne Tan manakala Miss Energetic pula menjadi milik Nordiana Ibrahim.


Tidak ketinggalan, Miss Charming (Norhayati Mohd. Ariffin), Miss Popular Public Choice Award (Juliana Mohamad) dan Miss Beautiful (Jaycee Koh).

No comments:

Post a Comment