Thursday, August 25, 2011

Yuni Shara: Keluarga Raffi Ahmad Kurang Terima Saya


JAKARTA, 26 OGOS 2011: Budaya kunjung mengunjungi di antara satu sama lain menjadi adat dan budaya yang masih lagi diamalkan seluruh umat Islam tatkala menjelangnya ramadan.



Tidak terkecuali Yuni Shara dan pasangannya, Raffi Ahmad. Namun, Yuni Sahara dia seringkali berasa canggung apabila teman lelakinya mengajak dia bertandang ke kedua orang tuanya.

"Memang saya rasa sangat canggung. Sebab, kalau Raffi datang ke rumah saya, keluarga saya pasti akan mengalu-alukan sangat kedatangannya. Tapi, kalau bertandang ke orang tua Raffi, ada sebahagian daripada ahli keluarganya yang tak menerima saya.

"Tapi, saya cuba buat biasa-biasa saja. Sebab, selama ini pun bukan mereka tanggung saya apa-apa pun. Lagipun, saya tak boleh paksa orang untuk menyukai diri saya," katanya.

Namun Yuni Shara tetap menghormati keinginan Raffi Ahmad yang ingin mengajaknya datang ke rumah keluarganya. Malah, dia juga tidak pernah melenting apabila ada segelintir pihak yang mempertikaikan tentang perbezaa usia mereka selama ini.

"Sudah begitu, nak buat macam mana. Sebab, tidak semua orang boleh terima perbezaan usia kami berdua. Tapi, sekarang ini, sudah ada ramai pasangan yang seperti kami," katanya lagi.

No comments:

Post a Comment