Thursday, August 25, 2011

Juliana Evans: Saya dan Zizan Tak Pernah Bercinta


Kata Juliana Evans, dia sama sekali tidak pernah bercinta dengan Zizan Raja Lawak, apatah lagi untuk menyayangi lelaki tersebut. Namun, dia turut akui semua itu berlaku mungkin disebabkan kedua-dua mereka sememangnya rapat sewaktu sama-sama membintangi filem Hantu Bonceng.



KUALA LUMPUR, 24 OGOS 2011: Tiada apa yang melucukan buat pelakon dan pengacara jelita yang berwajah Pan-Asian, Juliana Evans, selain daripada digosipkan bercinta dengan Zizan Raja Lawak.

"Kami memang rapat dan kenal dah lama. Apabila keluar gosip mengatakan kami bercinta, kami sekadar boleh ketawa sahaja. Tak mungkin saya akan bercinta dengan dia.

"Kami memang berkawan rapat dan kerana itu, ia memudahkan kami untuk sama-sama membintangi filem Hantu Bonceng," katanya ketika ditemui selepas majlis pratonton filem Hantu Bonceng yang diadakan di Pawagam Odean, semalam.

Menafikan terbitnya cinta lokasi atau kisah cinta yang dicipta sekadar gimik untuk melariskan filem tersebut, ucap Juliana Evans, semuanya itu berlaku secara kebetulan. Bahkan dia sama sekali tidak akan memutuskan persahabatannya kerana gosip tidak berasas tersebut.

"Tak akanlah kerana gosip tersebut, kami terus tak mahu berkawan. Kami berkawan baik dan saya memang tak ada masalah dengannya. Kenal dah lama dan filem ini juga merupakan kesempatan kali pertama untuk kami sama-sama bekerjasama," jelasnya lagi.

Mengulas mengenai wataknya dalam filem tersebut kata Juliana, filem horror komedi itu mencabar kredibilitinya kerana membawakan watak hantu yang memerlukan kesabarannya yang cukup mendalam buat dirinya.

"Watak saya sebagai hantu memang lebih banyak dipaparkan di dalam filem ini. Saya terpaksa memakai kanta lekap berwarna putih. Padahal, saya memang jenis yang tak pakai kanta lekap. Sakitnya, Tuhan sajalah yang tahu dan ia memang membuatkan saya menangis selalu tapi kerana ia menuntut saya untuk bertahan dengan situasi berkenaan untuk satu tempoh yang lam," katanya yang akan menyambut raya di Perak.

Selain Juliana dan Zizan Raja Lawak, filem tersebut turut dibintangi oleh Jue Aziz, Taiyuddin Bakar, Cat Farish dan ramai lagi. Filem arahan Ahmad Idham itu akan membuka tayangannya pada 1 Syawal ini.

No comments:

Post a Comment