Tuesday, August 23, 2011

Danny X-Factor tamat zaman bujang 16 September


Penyanyi dan pelakon Danny X-Factor akan menamatkan zaman bujang pada 16 September ini. Majlis pernikahannya dibuat secara sederhana untuk keluarga di Kampar, Perak.



Danny, 31, bertunang dengan Saidatul Fazlin Zakaria, 25, pada 20 Mac lalu di kediaman keluarga pramugari itu di Kampung Tersusun Tronoh Mines, Kampar.

"Saya akan bernikah pada 16 September ini, sempena cuti Hari Malaysia. Majlis menyambut menantu di Pasir Mas, Kelantan akan diadakan dua minggu selepas itu manakala majlis persandingan akan diadakan awal Oktober depan," kata Danny kepada Mangga Online.

Danny atau nama penuhnya Mohd. Khardanie Anwa kembali aktif menyanyi apabila meneruskan perjuangan X-Factor bersama Shah dan Zach. Mereka kini memiliki single baru yang mula mendapat sambutan peminat.

No comments:

Post a Comment