PETALING JAYA: Pelakon dan pengacara Neelofa menganggap Hans Isaac sebagai rakan rapat yang sentiasa dihubunginya jika ada kelapangan kerana dia berasa selesa berkawan rapat aktor dan penerbit itu.
Justeru, kata Neelofa, dia tidak menafikan mereka pernah keluar bersiar-siar pada waktu terluang.
"Saya tidak mahu mengiakan atau menafikan apa-apa terjadi tetapi Hans adalah di kalangan kenalan rapat saya," katanya.
Pada Isnin lalu, mStar Online melaporkan lelaki berusia 41 tahun itu mengakui sedang menjalin hubungan yang serius dengan pengacara program Nona itu.
"Saya tidak mahu perkara ini meleret-leret dan saya perlu hormati perasaan Hans yang baru kematian ibunya, baru-baru ini," katanya.
Lihat saja aksi mesra mereka yang menjadi bukti bahawa mereka sudah menjalinkan hubungan cinta. Tak caya? Tengok video dibawah ...
No comments:
Post a Comment