Rita mengakui anaknya Ryan,3 tahun pernah menyaksikan depan mata dia menangis sewaktu berdepan dengan dugaan rumahtangga. |
Mengakui dirinya kini lebih gembira berbanding sewaktu bergelar isteri kepada Aidil Zafuan, Rita Rudaini memberitahu dia sememangnya tidak sabar untuk menyambut Aidilfitri tahun ini.
Malah, Rita Rudaini tanpa berselindung menyatakan segala persiapan hari raya sudah pun disiapkan sepenuhnya sebelum menjelang ramadan lagi.
"Disebabkan sudah terlalu gembira, saya sudah pun siapkan baju raya untuk kedua-dua anak saya. Saya juga telah belikan 2 pasang baju Melayu dan 2 pasang baju kasual untuk mereka.
"Untuk baju Melayu, tema warna kami adalah ungu (purple). Selama ini pun, Rita tidak pernah tempah baju raya. Tetapi tahun ini, Rita dah tempah sampai 4 pasang baju raya," katanya yang menyediakan persiapan raya tanpa Aidil.
Terus bercerita mengenai sambutan lebaran nanti, Rita Rudaini mengakui berasa lebih selesa mengenakan baju kurung berbanding baju kebaya.
"Sebelum ini pun, kalau saya beli baju raya siap, hanya sepasang saja. Tetapi tidak seperti tahun ini. Rita suka pakai baju kurung dan tahun ini saya menempah untuk baju kurung moden.
"Terus-terang, saya happy gila sampaikan hanya berfikir dan beraya serta terlalu teruja nak sambut raya. Rasa happy ini tidak seperti sambutan raya sebelum ini," ujarnya kepada murai.com.my.
Dalam pada itu, Rita mengakui anaknya Ryan,3 tahun pernah menyaksikan depan mata dia menangis sewaktu berdepan dengan dugaan rumahtangga.
"Sebagai ibu, kalau boleh Rita tak mahu anak-anak tahu Rita susah hati atau pun sedang sedih.
"Namun, Ryan pernah menemani Rita menangis dalam bilik air. Waktu itu, Rita tak mahu dia tengok tetapi dia tetap ikut Rita dan hanya melihat Rita menangis.
"Apapun, Rita harap apabila sudah besar nanti, anak-anak Rita boleh berfikir dengan baik dan menilai yang mana baik untuk keluarga," jelasnya.
No comments:
Post a Comment