Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) menerusi Presidennya, Zed Zaidi , menyatakan pelakon di negara ini dijangka akan mendapat habuan berbentuk royalti apabila badan pengurusan artis yang dikenali sebagai Malaysia Screen Actors Guild Berhad (MSAGB) bakal ditubuhkan sebelum akhir tahun ini.
Ulasan Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) : Dengan tertubuhnya badan ini, ia tentu sekali dapat menolong para pelakon menambah pendapatan daripada penyiar-penyiar tempatan seperti Astro, Media Prima, RTM serta penyiar IPTV.
Zed juga bekata, jika penyanyi serta pemuzik mempunyai badan kutipan bagi membela mengutip hak mereka para pelakon juga harus mempunyai badan serupa agar nasib mereka pada masa akan datang terus mendapat perhatian.Jelasnya badan itu bukan sahaja bertindak sebagai ejen kutipan royalti sebaliknya turut berfungsi untuk menjaga kebajikan artis termasuklah hak-hak berkaitan gaji, kesihatan dan suasana pekerjaan.
Tegas Zed, pihaknya mahu hasrat menubuhkan MSAGB dilaksanakan segera selari di bawah program transformasi ekonomi (ETP) dan pelan Dasar Industri Kreatif Negara dalam mentransformasikan standard pengurusan penggiat seni bertaraf antarabangsa.Bagaimanapun , golongan artis haruslah bersatu kerana pada ketika ini golongan berkenaan kurang sifat kesepakatan menyebabkan usaha untuk memperjuangkan hak mereka sering kali terbantut.
Barisan artis yang turut hadir : Selain Zed, Fizz Fairuz, Lisa Surihani, Jehan Miskin, Siti Saleha, Beego, Ramona Zam Zam dan Zizan Nin turut hadir.
No comments:
Post a Comment