Selepas 84 tahun penubuhan jenama Brylcreem, penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat atau Apex menjadi jejaka Melayu pertama yang disunting sebagai duta terbaru produk tersebut.
Menjelaskan mengenai pemilihan itu, Apex dengan rendah hati menyatakan ia sebagai satu penghormatan bukan saja buat dirinya tetapi penghargaan untuk semua rakyat Malaysia.
"Syukur Alhamdulillah, saya sendiri tidak menyangka saya adalah jejaka lelaki Melayu pertama dipilih untuk menjadi duta produk ini. Sejujurnya, saya rasa cukup bertuah dan merasakan ia adalah satu pengiktirafan bukan saja untuk saya tetapi untuk semua rakyat Malaysia.
"Saya juga menganggap ianya adalah satu penghargaan terhadap kesetiaan saya yang menggunakan produk ini sejak dari bangku sekolah lagi. Sungguhpun begitu, ia bukan bermakna saya boleh mendabik dada tanda megah tetapi ia sebagai satu cabaran untuk saya mempamerkan permainan cemerlang dalam mengharumkan nama negara.
Ditanya tentang lelaki yang menjaga penampilan, Apex menyifatkan ia bukanlah satu masalah tetapi satu kewajipan untuk lelaki tampak lebih yakin dalam melaksanakan tugas dan amanat sebagai lelaki.
"Apabila saya sudah segak, ia menyakinkan diri saya untuk beraksi bagus di padang. Ia sebagai pemberi semangat buat diri saya," ujarnya.
Sementara itu, Apex menyifatkan dirinya masih tetap sama untuk lima tahun akan datang. Ianya kerana, matlamat hanyalah ingin berjaya dan mengharumkan nama negara.
No comments:
Post a Comment