Membelek-belek akhbar nasional Berita Harian yang berwajah baru kini agak menarik. Versi akbar dan versi online bertukar wajah. Berita yang ditonjolkan juga tak memperlihatkan sangat ia akhbar Umno walaupun ia menyokong Umno.
Tahniah juga kerana tak menjadi seperti Utusan Malaysia akhbar parti Umno. Sepatutnya Utusan Malaysia juga lebih telus dan lebih terbuka kerana ia akhbar harian perdana dan bukannya akhbar parti walaupun pemiliknya Umno. Kalau Umno nak menonjolkan Umno sahaja keluarkan akhbar Umno sendiri seperti dilakukan Pas melalui Harakah dan Warta Keadilan, akhbar PKR.
Setakat hari ini masih berbaloi RM2 untuk Berita Harian. Kalau ia buat hal lagi, tak payah kita beli, senang cerita.
Satu lagi, jangan dikira juga blog ini kerana blog ini penyokong Pas sepanjang zaman.
No comments:
Post a Comment