Pelakon yang namanya kini semakin disebut-sebut menerusi drama Bukan Bidadari, Nadia Zainal memberitahu dia sentiasa memantau blog-blog hiburan tempatan bagi mengetahui isu yang dibangkitkan oleh penulis blog dan peminat mengenai dirinya.
"Saya berpendapat adalah penting bagi seseorang artis untuk membuat carian mengenai diri mereka di Internet supaya mereka boleh melihat komen peminat dan seterusnya dapat memperbaiki kelemahan diri.
"Dengan cara itu artis dapat menjawab apa juga pendapat tentang diri mereka dan sekurang-kurangnya mereka sedar dengan apa yang berlaku," katanya.
Tambah Nadia, dia juga menyimpan semua laporan mengenai dirinya sama ada di blog, portal hiburan mahupun akhbar-akhbar untuk memperbaiki lagi dirinya dalam bidang seni.
Dalam pada itu, Nadia berkata, langkah itu dapat membantu dirinya menangkis apa juga persoalan yang timbul sekiranya sesuatu laporan itu tidak benar bagi mempertahankan diri.
"Kekuatan jaringan sosial amat hebat kini dan macam-macam orang boleh tulis perkara yang tidak benar mengenai diri kita dan saya jenis yang tidak akan berdiam diri jika sesuatu perkara tidak benar ditulis mengenai saya.
"Bagaimanapun, saya percaya sebagai artis kita perlu gunakan cara berhemah untuk menjawab kembali apa juga tuduhan tidak benar mengenai diri kita," ujarnya.
No comments:
Post a Comment