Izara Aishah merupakan nama yang tidak asing lagi di kalangan peminat industri seni tempatan. Namanya mula dikenali setelah membintangi sebuah drama di TV3 iaitu Vanila Coklat, di mana drama tersebut telah mendapat sambutan hangat di kalangan peminat drama tempatan.
Menurut Izara Aishah, peluang ini diterima dengan sebaiknya kerana beliau sendiri mempunyai pengetahuan dan sudah selesa dengan rekaan Cosry. Selain itu, Izara sendiri pernah menggayakan busana rekaan Cosry sewaktu majlis Anugerah Bintang Popular Berita Harian tahun ini dan busana tersebut telah mendapat pujian daripada semua pihak. Oleh itu, Izara tidak teragak-agak untuk menerima tawaran ini dengan tangan yang terbuka.
Baru-baru ini, jenama Cosry telah mengadakan Majlis Pelancaran butik konsep pertama mereka di The Curve, Mutiara Damansara. Jenama yang sinonim dengan rekaan busana pengantin selebriti ini, kini telah melebarkan sayapnya dengan koleksi busana “ready-to-wear” dikenali sebagai Cosry Purple Label.
Sewaktu majlis pelancaran tersebut, butik Cosry turut memperagakan fesyen koleksi terkini Cosry Purple Label iaitu “Raya Collection 2012″. Koleksi raya pada kali ini lebih mengetengahkan rekaan busana berpotongan kurung moden, jubah, kaftan dan kebaya moden.
No comments:
Post a Comment