Rasanya semua pun dah sedia maklum bahawa pelakon Abby Abadi kini sudah pun melakukan penghijrahan untuk menjadi seorang muslimah yang sejati.
Sepertimana anda semua, admin pun tumpang gembira dan rasa senang hati bila melihat perubahan yang berlaku terhadap Abby Abadi. Mudahan-mudahan kita semua akan dapat taufik dan hidayah yang samalah hendaknya.
Semuanya disebabkan keberanian Abby Abadi melahirkan pandangan terhadap beberapa isu semasa yang sedang berlaku di kalangan masyarakat kita. Pandangan kritis yang dilontarkan itu pula mempunyai sentimen yang berbaur politik dan lebih berpihak kepada parti politik haluan kiri.
Ada juga yang mempersoalkan tindakan Abby Abadi itu? Adakah Abby Abadi berhijrah kerana Islam atau kerana Pas? Apakah dengan penghijrahan awal tersebut, dia sudah mampu mengkritis apa saja dengan sewenang-wenangnya sedangkan banyak lagi yang perlu dilakukan untuk mendalami serta mencari gali ilmu Tuhan?
Namun, seperti mana kata Abby Abadi, dia sudah tidak takut untuk bersuara lagi, apatah lagi bila memperkatakan tentang sesuatu kebenaran mengikut konteks kefahamannya.
No comments:
Post a Comment