Menjejakkan kaki ke ke rumah Allah, teutamanya apabila dijemput ke Tanah Suci Mekah, pastinya menjadi satu saat yang paling manis.
Melihat kepada beberapa kenyataan dan gambar yang dimuat naik oleh Fizo menerusi laman sosial, Twitter menunjukkan yang dia amat gembira berada di sana.
Penulis berasa teruja dan seronok untuk berkongsi beberapa gambar Fizo yang dimuat naik menerusi Twitter.
Fizo yang menyambut hari kelahirannya yang ke 28 pada hari ini berasa bersyukur dapat menyambut hari kelahiran bersama ibu yang melahirkannya di Mekah.
Mungkin ini hadiah yang mampu diberikan kepada wanita yang telah melahirkannya 27 tahun lalu.
Semoga ibadah umrah yang dilakukan Fizo bersama ibunya akan mendapat berkat dan akan menjadi Muslim yang lebih baik.
No comments:
Post a Comment