Datuk Aziz Satar hanya memberitahu keluarganya melalui bahasa tangan, seolah-olah melarang Zed menziarahinya |
APAKAH benar Zed Zaidi tidak disukai di kalangan artis-artis veteran selepas dia menjadi presiden Seniman yang baru? Kalau dilihat dari satu sudut, mungkin ada betulnya tanggapan itu. Sebab itu tidak hairan kelmarin, sewaktu Zed datang melawat seniman Datuk Aziz Sattar di Hospital Ampang, Selangor, hasrat itu tidak kesampaian.
Mungkinkah pelawak dan pelakon veteran itu ada berkecil hati dengan Zed sebelum ini? Ha, jawab Zed, jangan tak jawab.
"Mana timbul cerita kata saya ada masalah dengan artis veteran ni? Bagi saya, artis muda atau veteran sama sahaja.
"Biar apa tanggapan orang, selaku pemimpin muda, saya reda dan bersedia menggalas tanggungjawab yang diberi. Saya telah mendapat kepercayaan ahli untuk memimpin persatuan.
"Ini tugas saya, bila ada ahli sakit saya datang melawat. Bila kedatangan saya tidak dibenarkan bertemu pesakit, saya perlu hormat kehendak mereka.
Zed Zaidi hanya dibenarkan menyerah sumbangan untuk Datuk Aziz Satar dari luar bilik wad. |
Zed berkata, pembabitannya dalam persatuan bukan untuk mencari gaduh, sebaliknya sama-sama membantu merangka masa depan yang lebih baik kepada golongan artis.
Tak apalah Zed. Biasalah tu, emosi orang sakit memang macam-macam. Nanti bila keadaannya sudah okey, kehadiran Zed akan dilayan dengan baik.
No comments:
Post a Comment