Gadis berusia 22 tahun ini telah mengakhiri perjalanannya dalam Mania pada minggu terakhir sebelum mereka melangkah ke pusingan akhir rancangan bagi mencari penyanyi bertaraf superstar.
Apa yang pasti, Shila Amzah yang bernaung di bawah empayar M.Nasir telah mengikut jejak Ebi dan Adira yang juga tersingkir pada malam tersebut.
"Saya positifkan diri saya setelah disingkirkan. Mungkin tiada rezeki untuk saya di sini. Bagi saya perjalanan di Mania agak sukar kerana saya tidak dapat keluarkan apa yang saya ada setelah kesemua pergerakan di pantau oleh produser muzik.
"Awalnya saya bercadang untuk menyanyikan lagu saya pada minggu ini, namun mereka mahu simpan lagu tersebut untuk dinyanyikan ke final. Tapi apa boleh saya buat, perjalanan saya telah berakhir pada peringkat semifinal,"ujarnya yang sedikit kecewa dengan percaturannya di Mania.
"Banyak ilmu yang saya terima daripada M.Nasir dan dengan itu saya akan tampil dengan single baru khas buat peminat berjudul Terima Kasih.
"Lagu Terima Kasih ini adalah sebuah lagu yang sangat jelas maksudnya dan mudah untuk diterima oleh pendengar kerana isi kandungannya yang jelas.
"Ini adalah apresiasi saya buat peminat,"ujar Shila lagi mengenai single terbarunya yang bakal muncul tidak lama lagi.
Shila turut berkongsi tentang perkembangan terbarunya yang kini sedang mengintai peluang untuk mengembangkan bakat seninya ke negara seberang,Indonesia.
Dia percaya dengan lagu yang dibawanya itu akan dapat memikat hati peminat di republik berkenaan.
No comments:
Post a Comment