Khabar terbaru mengenai bintang filem Pisau Cukur, Fazura. Pada Ahad ini, pelakon itu bakal melancarkan sebuah butik yang terletak di Bangsar.
Mengelak untuk mengulas lanjut mengenai kejutan tersebut, namun apa yang boleh GUA sampaikan adalah ia melibatkan kerjasama untuk “couture wear”.
Fazura ditemui di acara Blackberry “Stop Missing Out!” yang berlangsung di The Gardens, Mid Valley.
“Faz menghabiskan banyak masa di Twitter dengan menggunakan Blackberry. Saya yakin Blackberry merupakan peranti komunikasi terbaik untuk mendekatkan Faz dengan peminat.”
Kempen “Stop Missing Out!” menawarkan peluang kepada peminat dan pengguna Blackberry bagi memenangi hadiah menarik antaranya menonton wayang, sesi memanjakan diri, karaoke, futsal dan membeli-belah bersama selebriti.
Selain Fazura, turut terlibat antaranya Bunkface, Jehan Miskin, Joe Lee, Julie Woon, Liyana Fizi dan Megan Tan.
Kempen ini bakal bermula pada 1 Jun hingga 1 Julai depan. Layari www.StopMissingOut.com.my untuk menyertai.
No comments:
Post a Comment