Masih dengan kisah rumah tangga Jimmy Shanley dan Nursuhaila yang kini masuk ke episod ke berapa kami pun tidak tahu. Eh.
Harian Metro melaporkan pelakon dan pengacara, Jimmy Shanley memberitahu isterinya, Nursuhaila Eliani Suhaimy pernah ditampar ibunya sendiri, Oktober tahun lalu.
Selepas kejadian dan pada hari yang sama, ibu mentuanya lari dari rumah dan menghubungi Jimmy untuk tumpang bermalam di rumah.
“Ibu mentua hubungi saya untuk tumpang bermalam kerana tidak ada tempat lain untuk pergi,” terang Jimmy ketika menjawab soalan peguam.
Jimmy juga memberitahu tiada benda milik Nursuhaila yang dia ambil dan perlu dipulangkan ketika merujuk khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar Nursuhaila kepadanya berbunyi ‘Bagi balik harta benda I dan tinggalkan I’.
“Tidak ada benda dia yang saya ambil kecuali kereta yang ibu bapa dia beri untuk pergi kerja,” katanya.
Perbicaraan di hadapan Hakim Syarie, Saharuddin Selamat bersambung 19 Julai 2012.
No comments:
Post a Comment