Sunday, April 15, 2012

Zed Zaidi risau ancaman, buat laporan polis (3 GAMBAR)


Zed Zaidi telah membuat laporan polis berikutan pencerobohan Facebook Peminat miliknya.

Timbalan Presiden Seniman, Rozaidi Abdul Jamil, 32, atau Zed Zaidi ini telah memfailkan laporan di Balai Polis Mutiara Damansara semalam. Kumpulan yang menggodam facebook miliknya dikenali sebagai ‘Aaronators Crew’ dan dia hanya menyedarinya ketika melayari laman sosial itu jam 6 petang kelmarin.

Zed tidak menidakkan ini mungkin berikutan komen di twitternya berkenaan kemenangan pelakon popular, Aaron Aziz, 36, yang menggondol Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH11), Ahad lalu.

“Saya tidak menuduh sesiapa dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat. Namun, saya akan memanjangkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) esok (hari ini). Biarpun facebook itu diceroboh, kumpulan itu tidak memaparkan kenyataan berbaur ugutan, fitnah dan lucah sebaliknya hanya memberitahu facebook miliknya digodam. Saya percaya pencerobohan facebook disebabkan rasa tidak puas hati terhadap beberapa usul yang saya cadangkan. Namun, masih ramai ahli Seniman menyokong penuh usaha dijalankan.”

Selaku Timbalan Presiden Seniman, dia sedar banyak perkara dibangkitkan dalam memperjuangkan hak artis seperti memohon cermin gelap, perlindungan insurans, permohonan projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1SMA) dan terbaru mempertikaikan kemenangan Aaron memang mendapat tentangan sebahagian pihak.


Ketika disoal sama ada dia ‘gila publisiti’ Zed menjelaskan tidak pernah meminta publisiti murahan, namun kontroversi tercetus apabila dia tampil memperjuangkan hak selebriti.

“Saya bukan bodoh meminta publisiti murahan sebaliknya berjuang memohon hak artis. Apa gunanya jawatan disandang seandainya saya tidak melakukan sesuatu untuk mereka. Dengan jawatan ini, saya akan terus memperjuangkan hak artis. Seandainya ada yang tidak menyokong apa dibuat, jangan undi saya untuk pemilihan seterusnya.”

Sebenarnya menurut Zed, dia sudah lama mempertikaikan lambakan selebriti asing ke negara ini melalui tulisan di blog personalnya namun dipandang sepi. Hanya selepas komennya diberikan kepada kemenangan Aaron perkara ini terus meletup.


Kami faham Zed Zaidi hanya menjalankan tugas memperjuangkan hak selebriti tanahair tetapi bukankah cara kita melambangkan keperibadian kita. Masih punya cara lain yang lebih professional selain komen komen dilemparkan di Twitter. Apapun tahniah Zed Zaidi kerana menjalankan tugas dengan tegas dan semuga berjaya.


Hu2 kesian Zed Zaidi.. Nak perjuang hak orang lain.. Hak sendiri yang terkena rembat.. Tak pasal-pasal Facebook Zed Zaidi pulak yang kena hack.. Facebook Aaron Aziz tak de orang nak hack ker? haha

No comments:

Post a Comment