Bintang yang semakin bersinar membuatkan empunya nama, Nurul Elfira Loy atau lebih dikenali Elfira Loy menjadi rebutan pengarah dan penerbit tempatan.
Siapa sangka karier sebagai pelakon teater yang bermula sejak zaman kanak-kanak akhirnya memberi jalan kepadanya terus mewarnai industri tempatan.
“Setakat ini, saya masih mahu explore lebih banyak watak dalam lakonan. Bagaimanapun, saya tidak pernah mengimpikan apa-apa watak kerana setiap watak ditawarkan, saya akan lakukan yang terbaik,” katanya.
Elfira mengatakan, setiap watak yang diberikan kepadanya masing-masing mempunyai cabaran tersendiri yang memberi banyak pengalaman buat dirinya yang mengakui masih baru dalam bidang itu.
Menurutnya, kini jadualnya padat dengan aktiviti penggambaran drama yang tidak putus-putus ditawarkan kepadanya.
“Sekarang saya sibuk penggambaran drama 13 episod Jangan Ambil Padang Kami yang bakal ditayangkan di saluran Astro tidak lama lagi.
“Beberapa projek lakonan bakal menyusul, tetapi ia masih lagi dalam perbincangan. Saya bersyukur, kerana rezeki lakonan kini menyebelahi saya,” katanya.
No comments:
Post a Comment