Monday, March 19, 2012

Kylie Minogue Kelis gegar KLCC (7 GAMBAR)

BERTENAGA...Kylie tampil dengan hiasan sayap di telinga dan manik keemasan.
BINTANG pop Kylie Minogue dikenali dengan banyak lagu popular sejak 20 tahun pembabitannya dalam bidang seni suara.

Dia turut diiringi sejumlah besar penari latar termasuk beberapa penari lelaki yang membantu mengangkat penyanyi pop itu dalam satu persembahannya.

Selepas selesai persembahan pertamanya, Kylie menulis dalam laman Twitter: "Persembahan cukup hebat, menyeronokkan dan saya amat gembira."

Konsert Aphrodite: Les Folies akan diadakan di 36 lokasi di Eropah - termasuk 14 di United Kingdom iaitu lima malam di Arena O2 London pada April depan.

Pada April juga Kylie akan ke Asia sebelum membuat 17 persembahan di Amerika Utara yang dijangka berakhir di Ceaser's Palace di Las Vegas sekitar bulan Mei.


Dia juga dijangka mengumumkan konsertnya di Australia bila-bila masa saja dari sekarang.

Aphrodite: Les Folies adalah konsert jelajah dunia Kylie yang pertama sejak konsert KylieX2008 diadakan tiga tahun lalu.

Sementara itu, pereka fesyen duet Itali, Domenico Dolce dan Stefano Gabbana mengumumkan tahun lalu bahawa mereka ditugaskan mereka pakaian Kylie sempena konsert jelajah dunia penyanyi itu.


Mereka berkata: "Kylie sentiasa menjadi Piccola Principessa (Puteri Kecil) kami bukan hanya kerana kami bertanggungjawab mereka pakaian untuknya tetapi lebih daripada itu disebabkan oleh persahabatan kami dengannya. Bekerja dengan Kylie sentiasa spontan dan mudah."


"Kami diberi sepenuh kebebasan untuk melakukan tugas kerana dia amat percaya kami tahu apa yang dia mahukan."

"Ini kali ketiga kami bekerjasama dengan Kylie bagi menghasilkan pakaian untuk konsertnya. Kali ini kami merujuk kepada koleksi pakaian ikon Dolce & Gabbana dan menyesuaikannya dengan konsep berbeza untuk konsert itu. Anda tidak boleh terlepas persembahan Kylie."






No comments:

Post a Comment