Wednesday, March 7, 2012

KL Banjir lagi dikala DBKL sedang tidur (VIDEO | 10 GAMBAR)


Hujan dari petang hingga tengah malam menyebabkan banjir besar sekitar Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR 7 Mac - Hujan lebat dan ribut selama lebih tujuh jam di Lembah Klang hari ini menyebabkan beberapa kawasan di ibu negara mengalami banjir kilat, pokok tumbang serta kejadian tanah runtuh kecil.


Beberapa kawasan dilaporkan turut ditenggelami air termasuk 100 buah rumah di Ampang, Selangor.

Dalam satu lagi kejadian, seorang pelajar tingkatan satu maut selepas ditimbus tanah runtuh di belakang rumahnya di kuarters polis di Jalan Belfield berhampiran Kampung Attap, di sini.

Mangsa, Mohd. Irfan Raja Azlan, 13, berada di belakang rumahnya apabila tiba-tiba tebing setinggi lima meter runtuh dan menimbus pelajar itu kira-kira pukul 9.30 malam.

Hujan lebat yang tidak berhenti sejak dari petang 7 Mac 2012 menyebabkan Kuala Lumpur ditenggelami banjir. Maklumat orang awam yang terlibat menyatakan air mula naik sejak petang dibeberapa kawasan. Kuala Lumpur juga mengalami kesesakan lalu lintas yang teruk kerana banjir ini.

Di bawah ini kami kongsikan beberapa gambar Kuala Lumpur banjir 7/3/2012. Segala info akan kami update dari semasa ke semasa.












No comments:

Post a Comment