Huawei pernah menarik perhatian apabila ia menayangkan telefon pintar paling nipis sehingga kini, Ascend P1 S di CES 2012 di Las Vegas. |
HUAWEI, gergasi telekomunikasi China yang juga pengedar perkakasan infrastruktur telekomunikasi kedua terbesar dunia selepas Ericsson, menyertai persaingan dalam segmen telefon pintar Android dengan model baru yang berdaya saing.
Huawei Honor menggunakan sistem operasi Android 4.0 atau Ice Cream Sandwich dan dipacu prosesor teras tunggal 1.4GHz dengan kapasiti RAM 512MB dan ROM 4GB.
Spesifikasi ini mungkin tidak meletakkan ia sebagai gajet mudah alih premium tetapi komponen utama yang digunakan adalah sama dengan beberapa produk telefon pintar jenama terkenal di pasaran ketika ini.
Kepantasannya melancarkan pelbagai tugasan atau aplikasi secara serentak adalah memuaskan bagi sebuah telefon pintar yang dipacu prosesor teras tunggal.
Daripada muat turun atau muat naik data sehinggalah menonton video berdefinisi tinggi menggunakan sambungan WiFi atau rangkaian 3G, semua tugas itu dapat dilaksanakan dengan baik.
Huawei memberi penekanan kepada aspek paparan telefon pintar ini. Ia dilengkapi skrin sesentuh FWVGA empat incinya dengan aspek 16:9 berdefinisi tinggi (HD) yang mampu mempamerkan 16 juta juzuk warna sebenar.
Sesuai dengan kehendak pengguna yang sentiasa mahukan saat istimewa dirakam dan dimuat naik terus ke laman sosial, Huawei Honor dilengkapi dua kamera iaitu kamera HDR 8MP (mega piksel) di bahagian belakang yang turut disokong lampu flash LED dan kamera depan 0.3MP.
Huawei Honor mampu merakam imej secara dinamik walau dalam apa juga persekitaran termasuk ketika cahaya kurang dan merakam video definisi tinggi dengan 720p.
Reka bentuk telefon pintar ini menerapkan sentuhan elemen kaca yang eksklusif dengan binaan nipis 10.9 milimeter dan berat sekitar 140 gram.
Secara keseluruhan, Huawei Honor adalah model telefon terbaik dalam kelasnya yang menawarkan kualiti melebihi harga yang ditawarkan iaitu RM1,099.
Huawei U8860 Honor specification:
No comments:
Post a Comment