INDAH juga perkhabaran yang dibawa sanga bayu. Ini cerita pasal janda bergetah si Nora Danish. Bukan apa, Diva cukup senang hati kalau tengok wanita tabah ini sedang diulit bahagia. Tumpang senyum sekaki.
Sejauh mana kebenaran, Diva belum lagi nampak dengan mata Diva. Tapi ada khabar yang membisikkan bahawa usikan antara Nora dan pemain bola sepak, Khairul Fahmi yang kacak itu bukan hanya berlaku di laman sosial Twitter dan diusik teman-teman. Rupanya dengar khabar, pasangan ini sudah bertemu dan berkenalan.
Bertemu dan bertemu, hati tak tersangkut ke? Manalah tahu tiba-tiba ada pengumuman, Diva tumpang suka.
Diva: Dengarnya, abang polis kacak yang selalu masuk televisyen sedang dicemburui rakan sepasukan yang lain.
No comments:
Post a Comment