ZARINA mahu lebih remai remaja menyertai aktiviti Tree Climbing |
PERTAMA kali diminta melakukan aktiviti lasak Tree Climbing bersama S3, Zarina Anjoulie Lavocah, 24, memberitahu bahawa dia sudah mula menyukai aktiviti ini walaupun berasa sukar pada awalnya.
Menurutnya selain menguji ketahanan fizikal, aktiviti seperti ini juga mampu memberi peluang kepada dirinya untuk sentiasa menghargai keindahan alam sekitar.
“Melihat kepada ketinggian pokok ini timbul rasa di hati yang saya tidak akan mampu untuk melakukan aktiviti Tree Climbing ini.
Menurut pelakon serta model kontroversi ini, walaupun agak khuatir dengan tahap keselamatan yang ditawarkan aktiviti ini pada mulanya namun perasaan itu mula lenyap apabila dia diberikan penerangan tentang ciri-ciri keselamatan aktiviti ini oleh ahli Kresa.
Melihat kelengkapan keselamatan yang diberikan kepada saya baru saya tahu aktiviti ini tidaklah terlalu bahaya.
“Bagaimanapun untuk membiasakan diri dengan alatan ini mengambil masa sedikit kerana ia memerlukan saya memahami teknik-teknik memanjat yang agak sukar,” katanya.
Mengakui dirinya juga amat menghargai keindahan alam sekitar, Zarina memberitahu dia sebenarnya jarang mempunyai peluang untuk mencuba aktiviti lasak seperti itu.
“Kesibukan di kolej serta jadual penggambaran yang ketat memaksa saya untuk sentiasa mengawal jadual beriadah. Namun sekali sekala diberi peluang mencuba aktiviti ini saya dapat rasakan ia mampu mengurangkan tekanan kerja yang dihadapi saya.
“Selain itu juga saya juga suka suasana hutan yang sentiasa nyaman, memandangkan aktiviti ini sering menjadikan hutan sebagai lokasi utama tentunya saya akan melakukan aktiviti ini lagi pada masa hadapan,”katanya.
Zarina memberitahu, memandangkan aktiviti ini kurang popular di kalangan remaja di negara ini, dia berharap agar lebih ramai pihak berkenaan mengambil inisiatif untuk mempopularkan sukan lasak ini memandangkan kebaikan yang ditawarkan aktiviti ini.
“Tidak dinafikan ia mampu menyihatkan badan kerana kita memerlukan tenaga yang banyak untuk mengimbangi berat badan sewaktu memanjat.
“Selain itu juga, aktiviti seperti ini juga mampu mengajar generasi muda seperti saya untuk sentiasa menghargai keindahan alam sekitar kerana ia berkait rapat dengan pokok,” katanya.
Rezeki kontroversi
Sedang giat kini mengadakan latihan sebagai seorang peninju untuk filem bertajuk Khon Malay arahan Imran Ismail, Zarina memberitahu dia amat bersyukur dengan rezeki yang diterimanya kini.
“Jika ada orang nak cakap kontroversi saya mampu melariskan sesebuah filem, saya rasa itu bukanlah perkara sebenar yang berlaku.
Menurut gadis ini lagi apa yang lebih penting kini dia tidak mahu kontroversinya yang melanda dirinya kini menyebabkan dia hilang fokus untuk meneruskan impiannya
“Apa yang lebih penting kini saya mahu membuktikan kepada mereka di luar sana saya memang mempunyai bakat.
“Dan tumpuan utama saya kini adalah untuk membalas kembali kepercayaan keluarga saya yang tidak putus-putus memberikan sokongan dari awal pembabitan saya di dalam dunia lakonan,” katanya.
No comments:
Post a Comment