KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menasihatkan penjaga gol skuad bola sepak negara, Khairul Fahmi Che Mat, 23, atau Apek supaya mendaftarkan segera syarikat Khairul Fahmi Resources (M) Sdn Bhd (KFR) dan Kelab Peminat Khairul Fahmi Che Mat (KKFCM) dengan SSM selepas semakan SSM mendapati syarikat itu belum berbuat demikian.
“Kita mendapati pulangan dijanjikan lebih menyerupai kad diskaun, bagaimanapun kita akan kaji apa yang ditawarkannya,” katany.
Muka depan Harian Metro kelmarin melaporkan Apek bakal bergelar jutawan dengan pelancaran KFR dan KKFCM yang menawarkan pakel keahlian di antara RM10 hingga RM750.
Mereka menyasarkan keahlian 300,000 orang dalam tempoh sebulan selain yakin mampu mencapai lebih sejuta ahli dalam tempoh beberapa tahun. Berdasarkan kenyataan itu dan perkiraan dengan mengambil jumlah paling rendah iaitu pakej RM10 dengan sasaran 300,000 ahli, KFR dijangka mampu memberi pulangan RM3 juta.
Read more: http://jomss.blogspot.com/#ixzz1jlgD60pp
No comments:
Post a Comment