Nabil (Raja Lawak) dikhabarkan telah ditawarkan menjadi deejay atau penyampai baru di stesen radio Suria FM dan akan mengendalikan satu segmen khas pada pertengahan Januari ini. Pemilihannya itu dibuat selepas dia berjaya dalam satu sesi uji bakat yang diadakan di stesen radio berkenaan pada hujung tahun lalu.
Ada juga yang mengatakan Nabil akan menggantikan penyampai segmen Breakfast@Suria iaitu Sharifah Shahira ekoran tempoh kontraknya yang akan tamat pada 24 Januari ini. Namun Nabil yang dihubungi turut menyangkal dakwaan tersebut dan menyatakan dia tidak akan menggantikan sesiapa di stesen itu
No comments:
Post a Comment