Wednesday, December 7, 2011

Shaheizy Sam gila duit dalam "SONGLAP" (VIDEO : 21 GAMBAR : SINOPSIS)


Kerja Kotor, Sapu Bersih. Itu tagline menarik yang tertulis di poster filem terbaru lakonan Shaheizy Sam kali ini.

Selepas mengarah bersama dalam "Kami The Movie", pasangan suami isteri Farina Azlina Isahak dan Effendee Mazlan kembali dengan projek kedua mereka berjudul "Songlap" yang dijadualkan akan berada di pawagam pada suku ketiga tahun 2011. Menampilkan Shaheizy Sam dan Syafie Naswip serta pelakon baru Sara Ali sebagai peneraju utama, "Songlap" atau maksudnya mengambil sesuatu tanpa kebenaran ini bakal menyelami masalah sosial remaja yang semakin membimbangkan iaitu mengandung anak luar nikah dan juga jenayah perdagangan manusia yang sering menjadi tajuk utama di media massa.

Dibarisi bintang remaja berbakat, Syafie Naswip, dan juga pelakon wanita yang sedang meningkat naik, Sara Ali, filem ini mampu memberikan satu impak besar kepada penonton selepas habis menonton. Lakonan mantap dari kedua pelakon ini benar-benar menggerakkan filem yang menelan kos RM1.5 Juta walaupun boleh dikatakan hanya 10 peratus sahaja dari seluruh filem untuk dialog Sara Ali.

Tidak hanya sekadar lakonan dan filem yang biasa dilihat, filem arahan pasangan pengarah Effendee Mazlan dan Fariza Azlina Isahak terselit unsur-unsur kesedaran mengenai isu-isu semasa yang sedang berlaku di tanah air. Namun begitu, Shaheizy Sam yang biasa kita lihat membawakan watak yang mempunyai unsur komedi kini cuba menonjolkan satu lagi gaya lakonan yang jarang kita lihat dari pelakon yang popular melalui filem “Adnan Sempit” ini.

Filem terbitan Grand Brilliance dengan kerjasama Red Films ini mengisahkan kehidupan antara dua beradik iaitu Am (Shaheizy Sam) dan Ad (Syafie Naswip) yang melibatkan diri dalam sindiket penjualan bayi. Mereka menjalani kehidupan yang sama tetapi berbeza pendapat dari segi perspektif kehidupan.


Kehadiran Hawa (Sara Ali), adik kepada kawan baik Ad telah mengubah segalanya dimana Ad lebih nekad untuk meninggalkan aktiviti yang menjadi punca rezeki selama ini dan cuba meyakinkan Am untuk bersama mencari jalan keluar daripada kehidupan gelap yang dijalani mereka selama ini.

Filem ini akan ditayangkan di pawagam bermula 15 Disember ini serentak di 77 buah pawagam di seluruh negara. Jadi, apa tunggu lagi? Mari tonton trailer filem “Songlap” selepas ini.

Sinopsis Filem Songlap

Berlatarkan bandar metropolitan Kuala Lumpur, SONGLAP mengikuti kisah dua adik-beradik – AM (Shaheizy Sam) dan AD (Mohd. Syafie Naswip) yang melibatkan diri dalam sindiket penjualan bayi yang diuruskan oleh seorang wanita bergelar MAMA.

Kehidupan dua adik-beradik ini jauh berbeza; AM mengambil kesempatan dengan menggunakan business MAMA sebagai jalan pintas mendapatkan wang untuk kegiatan judinya, sementara AD mengimpikan kehidupan yang lebih baik dengan menyertai pertandingan tarian B-Boy.

AD mula menyedari impiannya mungkin tidak tercapai setelah kehilangan kawan karibnya RAZAK kepada kancah dadah dan melihat dengan matanya sendiri nasib gadis-gadis muda yang dijual kepada sindiket pemerdagangan manusia.

Apabila adik RAZAK, HAWA (Sarah Ali), yang sedang hamil terjebak dengan sindiket ini, AD tidak boleh menutup mata kepada situasi ini lagi dan terpaksa berlumba dengan masa untuk menyelamatkan HAWA tanpa menyedari bapa Hawa, PAK DIN juga sedang mencari anaknya yang telah hilang. Akan tetapi, niat baik AD untuk menolong HAWA telah menggoyahkan hubungannya dengan AM, dan pergelutan mereka akhirnya mencecah tebing maut.

Berdepan dengan godaan dan pengkhianatan, dan dihambat samseng ganas di jalanraya, siapakah yang akan menang dalam pertaruhan nyawa antara dua saudara ini?

Latar Belakang Red Films

Red Films diasaskan pada tahun 2004 oleh Red Communications, sebuah syarikat penerbitan filem.
Red Films diterajui sekumpulan karyawan filem yang berdedikasi dalam menjalankan usahasama dengan pengeluar dan pengarah filem di Malaysia dan serantau, dalam memajukan dan menerbitkan cerita untuk tatapan penonton dunia. Red Films amat teliti dalam setiap projek filemnya, dan menilai setiap filemnya atas dasar artistik, kesesuaian dan keunikan kualiti.




Syarikat Produksi: Red Films Sdn Bhd
Judul filem: Songlap
Tahun Produksi: 2010
Jenis filem: Drama / Aksi
Durasi: 100 minit
Bahasa: Bahasa Malaysia
Tarikh di pawagam: 2011
Tenaga Produksi
Penerbit Eksekutif: Ahmad Puad Onah / Lina Tan / Lee Mee Fung
Penerbit: Lina Tan
Penerbit Penyelaras: Aileen Seet
Pengarah: Effendee Mazlan / Fariza Azlina Isahak
Lakonlayar: Fariza Azlina Isahak
Pengarah Fotografi: Haris Hue Abdullah / Siew Ming Chai
Penyunting: Wong Hui Lynn
Penata Seni: Angie Choo
Jurusolek: Susan Chaopradith, Jenny Kon
Penata Busana: Muhammad Sharezzahadi Koh
Pengurus Produksi: Karen Kuek / Nazreen Hara Raj
Penolong Pengarah: Umi Salwana Omar
Pelakon Utama
Shaheizy Sam - Adam Besar (Am)
Syafie Naswip - Adam Kecil (Ad)
Sara Ali - Hawa
Pelakon Pembantu :
Omar Abdullah - Pak Din
Rozie Rashid - Mak Minah
Normah Damanhuri - Rita
Hasnul Rahmat - Abang Mat
Eliza Wong - Mama
Berg Lee - Ah Keong
Khirilridzuan - Hamzah
Ayam Fared - Toyol
Izzue Islam - Razak
Fang Chyi - Ah Fong
Charlene Meng Si Shi - Mei Mei
Penampilan Khas
Fauzi Nawawi - Chipun
Rashidi Ishak - Man Remos
Raja Nor Baizura - Kak Jah
Eizlan Yusof - Yuppie Hubby
Lisdawati - Yuppie Wife
Nasir Jani - Cabdriver
Kenji Sawahii - Dr Lee



Biodata Barisan Pelakon

Nama watak: Am (Adam Besar)
Nama sebenar: Shaheizy Sam
Asal: Selangor
Umur:  28
Horoskop:  Virgo
Pekerjaan: Pelakon
Hobi: Menyanyi, Menonton DVDs

Email / Blog / FB / Myspace :
shaheizy sam samad fanpage @facebook
shaheizy_sam @twitter

Musik
Kegemaran (asing) : Ne Yo
Kegemaran(tempatan) : Sheila Majid

Kegemaran filem(asing): Bujang Lapok
Kegemaran filem aksi (tempatan): KL Drift 2

Project dahulu / filems (list for the last 3 years):
Bohsia-Jangan pilih jalan hitam, Syurga Cinta, Jangan Pandang Belakang Congkak, KL Drift 2, Adnan Semp-it, Niyang Rapik, Ngangkung, Kongsi, Aku bukan tomboy, Sekali lagi.

Anugerah: (kl drift 2) Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik for 23rd FFM

Beritahu kita sesuatu yang kami tidak tahu tentang anda?
Saya seorang penyendiri.

Apakah definisi kata “SONGLAP” pada anda?
Merampas seseorang hak asasi dan harta.


Nama watak: ADAM KECIL
Nama sebenar: SYAFIE NASWIP
Asal: GOMBAK
Umur: 18
Horoskop: LEO
Pekerjaan: Pelajar / Pelakon
Hobi: Melukis,melakon,menyanyi dan mengambil gambar

Musik:Pop,Klasik
Kegemaran (asing) :BRITNEY SPEARS,MICHAEL JACKSON,AND SUPER JUNIOR
Kegemaran(tempatan) :IBNOR RIZA AND SITI NURHALIZA

Kegemaran filem(tempatan):ANAKKU SAZALI,ANAK HALAL

Projek dahhulu / :
TALENTIME AND NUR KASIH THE MOVIE

Anugerah:
BEST CHILD ACTOR (mukhsin)
BEST ACTOR (ilham suci)
BEST SUPPORTING ACTOR (talentime)

*Beritahu kita sesuatu yang kami tidak mengetahui tentang anda?
Pemimpi , Pemalu

Apakah definisi kata “SONGLAP” pada anda?
Merampas sesuatu yang milik orang lain dan mencederakannya




















Character: Hawa
Nama: Sara Ali
Asal: Johor
Umur: 20
Horoskop: Libra
Pekerjaan: College Student
Hobi: Collecting Shoes

Music
Kegemaran(asing) : Radiohead
Kegemaran(tempatan) : Butterfingers

Kegemaran filem(asing): Gila-Gila Remaja
Kegemaran filem aksi (tempatan): Bukit Kepong

Project dahulu / filems :
Sesuatu Yang Tertinggal(GB), Penunggu Istana(KL Motion), Klip X-3GP(GB), Nur Kasih(Filmscape), Songlap(RedComm) [2010]
Beritahu kita sesuatu yang kami tidak mengetahui tentang anda?
*Saya suka musik soundtrak yang asli

Apakah definisi kata “SONGLAP” pada anda?
Cilok. :)







Preview Filem