Kekalahan Indonesia ditangan Malaysia baru-baru ini di Sukan Sea 2011 bukan sahaja menimbulkan kemarahan peminat bola Indonesia, malahan pelakon Indonesia, Yuki Kato yang berumur 16 tahun turut melampiaskan perasaan marahnya di media Indonesia.
Pelakon beragama Islam kacukan Jepun-Indonesia ini juga turut yakin bahawa Indonesia mampu mengalahkan Vietnam di peringkat semi-final dan bertemu dengan Malaysia kembali di perlawanan akhir dan menjadi juara.
Dia turut menambah, “Saya prediksi 2-0, Indonesia 2, Malaysia 0. Eh, kasih satu deh. Serius prediksi gitu,” ujar Yuki.