KHABAR berita mengatakan dirinya sudah kurang laris sehingga tidak membantu meningkat rating TV pada setiap drama lakonannya, diterima dengan hati terbuka oleh Lisa Surihani.
Pelakon Filem Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 (ABPBH2010) ini menganggap itu sebagai gosip dan dia sudah lali cerita tidak benar membabitkan peribadi dan kariernya.
Selepas cerita membabitkan hubungannya bersama Yusry Abdul Halim hampir, Lisa sekali lagi dikejutkan dengan gosip kononnya dia ditamatkan kontrak sebagai wajah eksklusif Astro gara-gara gagal memberikan rating tertinggi untuk stesen berbayar itu.
Ditemui pada majlis tamat penggambaran filem Istanbul! Aku Datang, pelakon ini agak tenang mendengar persoalan yang sudah dijangkakan itu. Malah dia tahu mengenai perkara itu ketika berada di Istanbul, Turki.
"Saya tidak marah, cuma terkejut. Bagi saya, apabila masuk dalam industri ini, dua perkara saya fikirkan, iaitu rezeki dan natijahnya. Sama ada rating, populariti, bonus atau sebagainya bukanlah keutamaan yang saya cari," katanya.
Apa yang pasti khabar mengatakan Astro menamatkan kontraknya sebagai wajah ekskulsif gara-gara dirinya gagal menaikkan rating program di stesen TV itu adalah tidak benar sekali.
"Saya masih mengikat kontrak bersama mereka untuk tahun ketiga, namun berapa lama itu bergantung kepada budi bicara mereka. Biasanya kita tidak boleh tentukan berapa lama tempoh itu, ia sama ketika saya menandatangani kontrak bersama syarikat pengiklanan dulu.
"Sehingga kini hubungan saya dengan stesen TV ini sangat baik. Pun begitu saya tidak pernah terfikir lagi untuk menamatkan kontrak itu kerana saya masih berpegang kepada tanggungjawab yang diamanahkan untuk diselesaikan dulu.
"Baru ini pun saya mendapat panggilan daripada mereka bertanyakan jadual kerja saya untuk penggambaran drama. Sepatutnya dua bulan lalu saya ada penggambaran drama bersama Adi Putra tetapi kami masing-masing ada komitmen lain, saya ke Istanbul menjalani penggambaran dan begitu juga dengan Ady, jadi ia tertangguh seketika," katanya.
"Masa saya pulang ke Malaysia, David Teo tidak ada, dia ke Australia dan bersedia untuk berjumpa. Selepas dia balik dari Australia tidak pula dia bertanyakan apa-apa cuma memberi semangat dan mengucapkan ‘take care your self and good luck', itu saja," katanya.
Pengalaman paling indah
Lisa yang ditemui pada majlis tamat penggambaran filem Istanbul, Aku Datang! terbitan Grand Brilliance dan Red Films membuktikan komitmen terhadap dunia seni yang diceburi bukanlah cakap kosong.
Walaupun baru 10 hari pulang dari Turki dan kesihatan yang tidak mengizinkan, dia tetap menggagahkan diri untuk hadir kerana rasa bertanggungjawab terhadap banyak pihak seperti penerbit, pelakon, pengarah dan media dalam menghadiri majlis itu.
"Masalah kesihatan yang saya alami ini pertama kali berlaku, memang selepas pulang dari Istanbul saya tidak sihat tetapi saya gagahkan juga untuk menghadiri majlis ini,” katanya.
Sepanjang 21 hari berada di Turki, pelbagai pengalaman baru dipelajari yang pastinya menambahkan lagi ilmu di dada untuk bekalan kariernya.
"Terus terang inilah pengalaman 'shooting' paling 'best'. Mungkin kerana semuanya adalah kali pertama dalam hidup saya. Ia membabitkan kali pertama saya menjalani penggambaran di negara luar dalam cuaca yang sangat sejuk.
Dalam keadaan wajah yang sembab, masalah mata dan tiada suara |
"Pengalaman yang saya lalui bersama mereka adalah pengalaman yang balik best sepanjang saya dalam industri seni ini. Masing-masing mempunyai kelebihan yang secara tidak langsungnya dapat saya berkongsi bersama," katanya yang tidak akan dapat melupakan kenangan terindah bersama berada di Istanbul.
Begitupun kesempatan berada di negara orang, Lisa tidak melepaskan peluang mengambil tahu industri penerbitan filem dan drama mereka.
"Bila kita berpeluang bekerjasama dengan kru dari luar negara termasuk pelakonnya secara tidak langsung ia adalah jalinan kerjasama antarabangsa yang membawa nama baik negara masing-masing.
"Cuma cabarannya hanyalah keadaan cuaca yang tidak menentu kerana terlalu sejuk disebabkan sentiasa berangin. Begitu juga dengan perbezaan dari segi bahasa, tetapi tidak begitu susah selepas beberapa hari menjalani penggambaran.
"Sesetengah perkataan mereka kita mudah faham begitu juga dengan bahasa kita yang mudah untuk mereka memahami seperti terima kasih, sama-sama dan sebagainya," katanya yang tidak lupa memperkenalkan budaya negara kita kepada mereka.
Lisa yang memegang watak Dian dalam filem arahan Bernard Chauly itu mengisahkan gadis blogger yang mempunyai satu misi untuk membuktikan bahawa dia boleh menjadi isteri idaman kepada tunangnya lakonan Tomok yang menuntut di Turki. Untuk membuktikan dia mampu berdikari, Dian ke negara itu dan menyewa bilik. Tanpa pengetahuannya Dian sebenarnya berkongsi rumah bersama seorang jejaka berperwatakkan pelik lakonan Beto Kusyairy.
No comments:
Post a Comment