Wednesday, November 9, 2011

Kilauan Emas Di Karpet Merah ASK 2011 (12 GAMBAR)



Acara ‘Red Carpet’ Anugerah Skrin 2011 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Jumaat lalu berlangsung dengan penuh kilauan keemasan. Rata-rata selebriti yang hadir memperagakan busana berona emas, bersesuaian dengan temanya, ‘Golden Glamour’. Menarik, jelik atau pelik busana mereka, apa kata kita saksikan fesyen mereka!




Lisdawati
LIsdawati merupakan selebriti yang paling menyerlah pada malam ASK 2011. Busana yang digayakannya tampak ‘mahal’ dengan perincian penuh manik dan labuci berwarna emas. Dari jauh sudah bercahaya baju rekaan Shila Mohd ini. Apa yang boleh GUA katakan, sediakan kacamata hitam terlebih dahulu sebelum anda memandang wanita ini kerana jika tidak, mata anda pasti akan silau.





Fasha Sandha
Fasha tampil anggun dan seksi dengan busana hitam rekaan Wanpa. Bagi menepati tema ‘Golden Glamour’ pada malam itu, Wanpa menyelitkan motif lukisan naga berwarna emas pada bahagian atas gaun itu serta dicantikkan lagi dengan hiasan renda di bahagian bawahnya.


script type="text/javascript"> nuffnang_bid = "c60e271f9c86821595eb63555937f594";



Fida Ibrahim
Merah menyala! Sesuai dengan kehangatan kontroversi yang melanda empunya badan. Fida tampil merah dari atas sehinggalah ke bawah. Dari turban, busana, gincu, subang, semuanya merah! Walaupun busana ini nampak cantik namun rekaannya agak sarat dengan motif anyaman di atas serta ropol di bawah.





Chocolate
Saat tiga gadis ini melangkah di red carpet, GUA tertanya-tanya siapakah mereka? Rupa-rupanya mereka ini adalah anak didik penyanyi, Alyah. Ketiga-tiga mereka ini telah mencuri perhatian hadirin yang datang bukan saja kerana warna rambut yang menyerlah, malah pakaian mereka yang cukup ‘bling-bling’. GUA rasa gaya mereka tidak sesuai untuk majlis penganugerahan berprestij seperti ASK ini kerana gaya mereka lebih kepada seperti mahu membuat persembahan di kelab malam.




Fahrin Ahmad
Macam pernah kulihat saja baju ini, tapi di mana ya? Khabarnya sut yang digayakan pelakon macho ini pernah digayakan di dalam sebuah majlis sebelum ini. Hmm, kira baju kitar semula lah ni. Tapi tak mengapa, Fahrin tetap dianggap macho kerana berani memperagakan baju berwarna keemasan ini. Warna emas begitu secocok dan masuk dengan kulit Fahrin, jadi GUA tak nampak sebarang cacat celanya beliau menggayakan sut ini. Kalau digayakan oleh Remy Ishak atau Black, bagaimanalah rupanya ya?


Berikut merupakan antara fesyen selebriti-selebriti lain yang melaram dengan busana bertemakan kilauan keemasan di ASK 2011. Menarik atau jelik, anda tentukan.


Erra Fazira

Diana Danielle

Shahz Jaszle n Miera Liyana

Izara Aishah

Nora Danish

Tiz Zaqyah

1 comment:

  1. Baju mcm lisdawati pakai tu mcm mana nak dapat ye? Mahu sewa lah..

    ReplyDelete