Monday, November 21, 2011

Ezlynn Nikahi Pengurus, Adam (3 GAMBAR)


Nampaknya ramai selebriti yang memilih tanggal 20 November 2011 untuk melangsungkan pernikahan. Ini kerana, selain Zahiril Adzim dan Shera Aiyob serta Deqwan dan Michelle (yang turut disiarkan secara langsung menerusi rancangan Melodi pada tengah hari tadi), penyanyi yang popular dengan lagu Hi Hi Bye Bye siapa lagi kalau bukan Ezlynn turut melangsungkan pernikahan.


Majlis pernikahan Ezlynn diadakan di Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara, Kuala Lumpur dimana dengan hanya sekali lafaz, Ezlynn sah bergelar isteri kepada Adam Fahmy Shamsudin yang juga pengurus peribadinya tepat jam 5.55 petang tadi.

Pernikahan Ezlynn dan Adam disempurnakan sendiri oleh bapa Ezlynn, En Ariffin bin Alang dengan disaksikan oleh Ustaz Muhammad Ridwan Mohd Yunus, Jurunikah Masjid Sg.Penchala.

Ezlynn yang anggun mengenakan busana rekaan Oscar Jeprey menerima wang hantaran sebanyak RM20,020.20, mas kahwin RM80 berserta lima dulang hantaran. Manakala pihak Ezlynn pula membalas dengan tujuh dulang hantaran kepada pihak lelaki.



Tahniah Zon Artis ucapkan kepada Ezlynn dan suami. Selamat berbahagia dan selamat menempuhi alam rumah tangga. Kami doakan semoga ikatan yang tersimpul ini akan berkekalan selamanya.