Di antara 10 drama rantaian yang dicalonkan dalam Anugerah Skrin 2011 (ASK 2011) iaitu Akinabalu, Asmara 2, Dia Bukan Maryam, Juvana, Lagenda Budak Setan, Nora Elena, Roda-Roda KL, Syurgamu Ramadhan, Tanah Kubur dan Trilogi Cinta, yang manakah bagi anda layak tersenarai dalam Top 5?
Drama terbitan Filmscape ini mempunyai potensi besar untuk memenangi kategori Anugerah Drama Rantaian Terbaik pada tahun ini kerana setiap pelakon dalam drama ini, tidak kiralah sama ada yang membawa watak kecil mahupun besar, semuanya memberikan lakonan yang cukup bagus dan berkesan.
Juvana bukan saja menggabungkan nama-nama hebat seperti penerbit Kabir Bhatia, pengarah Faisal Ishak dan penulis skrip Alfie Palermo, malah ia turut membariskan pelakon-pelakon handalan seperti Bront Palarae (Pemenang Pelakon Lelaki Terbaik Filem Anugerah Skrin 2010), Zahiril Adzim (Pelakon Harapan Lelaki Terbaik FFM22), Beto Khusairy, Kuswadinata, Izreen Azminda, Johan As’ari dan Irfan Roslan.
GUA juga meminati drama Nora Elena arahan M Nazir Juhan. Drama yang diadaptasi dari novel Kasih Yang Suci ini pernah melakar sejarah apabila mendapat 1.3 juta penonton di laman web TonTon. Watak Seth Tan lakonan Aaron Aziz dan watak, Nora lakonan Siti Saleha juga sangat digilai ramai.
Tidak ketinggalan watak Ivoyne lakonan Wan Sharmila di mana wataknya cukup dibenci ramai.
Fenomena drama ini cukup kuat di mana ada yang sanggup pulang kerja awal semata-mata tidak mahu ketinggalan menonton drama ini. Penangan ‘Nora Elena’ juga hebat sehingga ada pihak yang menghantar surat bantahan meminta memberhentikan tayangan drama ini.
Jika tahun lepas drama Nur Kasih berjaya menggondol anugerah Drama Rantaian Terbaik Drama di ASK 2010, kali ini drama manakah pula yang anda merasakan berpotensi besar serta layak memenangi kategori tersebut? Bagi mengetahui pemenangnya, jangan lupa saksikan ASK 2011, di Pusat Perdagangan Dunia Putra, Jumaat, jam 9.00 malam, hanya di TV3.
No comments:
Post a Comment