Monday, November 21, 2011

Afdlin suruh Hans cepat kahwin (GAMBAR)


SEWAKTU menghadiri tayangan perdana filem fantasi drama bertajuk Misteri Jalan Lama (MJL) arahan Afdlin Shauki, Khamis lalu, ramai rakan media terkejut dengan keceriaan dipamerkan salah seorang pelakon utama filem ini, Hans Isaac.

Bukan SS terkejut lakonan hebatnya berganding dengan Que Haidar dalam MJL tetapi mengenai keterbukaan dan tersasul bercakap Kelantan mengenai hubungannya dengan aktres muda meningkat naik, Neelofa.

Hans sewaktu diajukan soalan oleh seorang rakan media pada pertengahan sidang akhbar, pelakon Cuci The Musical itu nampaknya bersikap terbuka mengenai hubungannya dengan juara Dewi Remaja 2010. 

Hans menegaskan mereka sekadar berkawan baik dan masing-masing mahu memberi tumpuan penuh pada karier masa depan.

SS difahamkan, Hans tidak mahu berfikir terlalu jauh dalam menjalin hubungan yang baru bermula itu. Malah, dia sempat berseloroh bercakap beberapa perkataan dalam loghat Kelantan.

Kata rakan SS, nampaknya, Hans seperti sudah belajar bahasa negeri Cik Siti Wan Kembang itu. Kebetulan pula, Neelofa memang berasal dari daerah Pasir Mas, Kelantan. 

Malah, dia beberapa kali tersasul bercakap loghat Kelantan sebelum sidang akhbar yang turut disertai Afdlin beberapa minit kemudian. 

Afdlin sempat mencelah mengatakan Hans sudah lama membujang dan meminta pelakon itu cepat-cepat berkahwin kerana semua rakan seperjuangan mereka sudah pun berumahtangga dan mempunyai anak. 

Sindiran Afdlin membuatkan wajah Hans merah padam dan dia hanya tersipu-sipu mungkin kerana malu.