Program realiti MasterChef Malaysia yang ditayangkan di Astro Ria mendapat kritikan maha dasyat daripada penonton yang kurang berpuas hati sejak ia ditayangkan mulai episod 1 hingga 6. Ada sesetengah penonton mendakwa MasterChef Malaysia tidak berkualiti berbanding MasterChef terbitan Australia, UK & US daripada segi peserta, masakan dan teknik.
Itu kata orang. Sebenarnya ramai yang tak tahu bahawa episod 1-6 adalah sesi bootcamp dimana 24 daripada 40 peserta terbaik akan dipilih untuk ke persaingan seterusnya. Pendek kata, di episod 7 dan seterusnya, barulah persaingan sebenar akan bermula. Dengar cerita juga, dua chef yang membosankan itu bakal digantikan dengan chef yang lebih fleksibel di depan kamera. Desas-desus mengatakan, anak kepada Chef Wan, iaitu Chef Riz antara calonnya.
24 peserta ini kemudiannya akan dihantar ke sebuah gudang besar seperti yang kita tonton dalam MasterChef edisi luar negara. Lokasinya tak dapat dikenalpasti, kata orang di atas bukit.
Eksklusif, OHBULAN! menerima 5 keping gambar lokasi pengambaran MasterChef Malaysia yang dirakamkan secara curi-curi. Ada restoran, tiang kayu ukiran tempatan dan macam-macam lagi. Tak sedih mana pun.
Dengar kata, episod akan datang lebih mendebarkan dimana setiap peserta akan ‘didera’ bagaikan dalam kem komando. Memang tak cover punya. Kalau nak tahu, tonton sendiri episod MasterChef Malaysia di saluran Astro Ria (104) setiap Sabtu – Rabu, pada pukul 9 malam.
No comments:
Post a Comment