Wednesday, October 26, 2011

Ibrahim Ali 'perasan' kata PERKASA akan jadi undi penentu ?


[Petikan dr TMI] ― Perkasa percaya pertubuhan bukan kerajaan berusia tiga tahun itu akan menjadi penentu keputusan pilihan raya umum ke-13 dengan memobilisasi sokongan ahlinya, khususnya dalam menentukan nasib calon dan parti yang telah memperlekeh Islam dan orang Melayu. 

Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali berkata, pihaknya sudah pun menyediakan senarai wakil rakyat yang melakukan ‘kesalahan’ itu dan sudah bersedia untuk menghantar mesej kepada 300,000 ahli menjelang pilihan raya umum. 

“Sebelum ini orang ramai berfikir (sokongan) orang India adalah penting meskipun bilangan mereka adalah kecil kerana mereka menjadi penentu. 

“Meskipun mereka kecil bilangan, mereka akan menjadi faktor penentu. Begitu juga Perkasa. Sudah pasti kami akan memainkan peranan ini,” kata beliau kepada pemberita selepas Perhimpunan Agung Tahunan Kedua Perkasa di sini hari ini.Ibrahim berkata Perkasa hanya akan memfokus kerusi-kerusi yang dipertahankan oleh wakil rakyat yang pernah menyinggung Islam dan orang Melayu, yang dimenangi dengan perbezaan undi kecil pada Mac 2008. 

Katanya, Perkasa yakin akan membawa perubahan dan impak besar memandangkan ada ahli antara 500 hingga 600 orang di setiap kerusi Dewan Undangan Negeri. 

Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas ini menambah Perkasa tidak menentang mana-mana parti atau kaum tetapi hanya menyasarkan sesiapa sahaja yang menyinggung perasaan orang Melayu dan Islam. 

“Mereka tidak harus fikir hanya mereka sahaja yang ada undi. Mereka tidak harus fikir hanya memproleh undi daripada kumpulan mereka sahaja. Ahli Perkasa bukan satu jumlah yang kecil,” katanya. 

“Perkasa akan menolak calon-calon yang anti-Melayu, anti-Islam dan yang menggugat kedaulatan nasional. Jadi, semua calon harus ingat, jaga kata-kata mereka,” katanya lagi.



P/s: Sudah beberapa kali kita melihat aksi ahli PERKASA dalam usaha mempertahankan sesuatu.Misalnya, dalam BERSIH 2.0 dan demo mempertahankan Utusex. Jika Berahim Ali mengatakan PERKASA sebuah NGO yang boleh memberikan impak besar kepada PRU, kenyataan itu sesungguhnya adalah lawak yang amat melucukan. 

Mengapa? Jika untuk sesebuah demo, NGO itu hanya berjaya membawa seratus orang (belum tentu ahli PERKASA) dan ada pula dakwaan yang NGO itu terpaksa mengimport warga asing seperti yang berlaku di PP, maka celah mana dan bagaimana NGO yang dilebih-lebihkan dalam segala hal ini mampu menggugat pihak tertentu dalam PRU?  Bagaimana pula cerita demo untuk menentang BERSIH 2.0? Usahkan ahli NGO itu, muka presidennya pun langsung tidak nampak muka!!!

No comments:

Post a Comment