Ruth Sahanaya, 45 akan membuat kemunculan secara besar-besaran sempena ’25th Anniversary Concerts Live In Kuala Lumpur’ yang dijadulkan berlangsung di Plenary Hall, KL Convention Center pada 17 Disember 2011 bermula pukul 8:30 malam.
Penyanyi yang popular dengan lagu ‘Kaulah Segalanya’ teruja apabila diberi peluang untuk melakukan kemunculan sulungnya selepas 25 tahun menghiburkan peminat Indonesia & Malaysia.
Ruth Sahanaya juga menceritakan pengalamannya semasa bergelar anak seni, 25 tahun lalu.
“Album pertama saya berjudul Seputih Kasih dilancarkan pada tahun 1986. Ketika itu saya terfikir, “Aduh bisa diterima enggak ya?”. Apabila album itu dilancarkan, sambutan yang diterima melebihi jangkaan saya. Saya berterima kasih kepada teman media di Malaysia yang amat mengalu-alukan album saya. Syukur, sehingga hari ini peminat masih menerima album saya,” kata Ruth Sahanaya tersenyum.
Penyanyi ini turut berkongsi beberapa tips untuk kekal relevan & berdaya saing bagi tempoh yang lama sepanjang berada dalam industri hiburan.
“Attitude no. 1. Harus injak pada bumi dan jangan sombong. Saya amat berdisplin dalam soal waktu serta menitikberatkan kesihatan sendiri. Lagi satu, mesti mau terus belajar dan jangan cepat puas dengan apa yang dikecapi.
“Sebagai penghibur pula, kita mesti tabah menerima segala kritikan dan berjiwa besar,” tambah Ruth Sahanaya lagi.
Buat peminat yang mahu menyaksikan Konsert 25 Tahun Ruth Sahanaya, tiket-tiket boleh dibeli pada harga RM1500 (VVIP) RM788, RM588, RM388, RM128 di www.ilassotickets.com dan di semua cawangan Rock Corner. Anda juga boleh menghubungi hotline 03 -7957 6088.
Ruth turut mengundang Datuk Khatijah Ibrahim untuk sama-sama menghangatkan konsert yang dibawakan oleh A’caralis Kuala Lumpur Sdn. Bhd itu. Foto sekitar sidang media di artikel 20 Foto Sekitar Sidang Akhbar Ruth Sahanaya Live In Kuala Lumpur.
No comments:
Post a Comment