Wednesday, September 7, 2011

Tahniah! Aqasha Dapat Anak Sulung


Alhamdulillah. Selepas Elyana dan Aziz M. Osman, kini tiba giliran Firdee Aqasha Rosli atau Aqasha pula menyambut kelahiran anaknya. Seperti Elyana, ini adalah anak sulung bagi Aqasha dan isterinya, Noor Baizura Mohd Sabru.



Bayi lelaki itu diberi nama Alehandra Ahmad Bin Firdee Aqasha dan telah selamat dilahirkan sekitar pukul 6:14 petang tadi. Menurut Aqasha, isterinya sudah mengalami tanda-tanda kelahiran ketika dia menghadiri sesi soundcheck di Alexis, Bangsar, malam tadi. Maksud Alehandra adalah pejuang bangsa manakala Ahmad adalah yang terpuji. Dari namanya saja kita dapat bayangkan harapan Aqasha dan isteri buat putera sulung mereka ini. Tentunya untuk menjadi orang yang berguna di masa hadapan. Aqasha sendiri mengakui dia tak dapat menahan airmata apabila melihat Alehandra buat kali pertama.

Aqasha & Noor Baizura berkahwin pada tanggal 10.10.2010 bertempat di Lake Field, Kuala Lumpur. Sekalung tahniah dari kami di RentakArtis buat Aqasha sekeluarga. Semoga kehadiran Alehandra akan menambahkan seri hidup mereka berdua. Muka Alehandra memang persis Aqasha!

No comments:

Post a Comment