BANYAK perubahan yang dapat dikesan dalam diri gadis berusia 21 tahun ini. Rambut yang dulunya melepasi bahu kini dipotong pendek. Terserlah kedewasaan pemenang sulung pertandingan program realiti One In A Million (OIAM) musim pertama ini.
Namun bukan saja perubahan dari segi fizikal yang mengejutkan, tetapi juga sifat dan keperibadiannya yang bukan lagi seperti pada awal kemunculannya dulu.
Si pemilik nama penuh Low Sook Yee atau lebih dikenali dengan nama Suki kini bukan lagi gadis yang dikenali empat tahun dulu. Jika sebelum ini namanya sering dikaitkan dengan kontroversi, apabila dikecam dan dikritik sesetengah pihak gara-gara sikapnya yang tidak disenangi ramai, kini keperibadian gadis ini berputar 180 darjah.
Ibarat pepatah lama, sekali air bah, sekali pantai berubah. Jika sampai masanya, kita takkan terus berada di takuk lama. Begitulah juga yang berlaku kepada Suki, apabila pengalaman masa lalu semakin mematangkan dirinya.
“Saya akui, dulu saya banyak melukakan hati orang lain dengan sikap saya. Sana-sini saya dikecam dan saya sedar memang ramai media tak puas hati atau kurang senang dengan perangai saya. Susah nak jawab panggilan, berbaring ketika ditemubual, dan macam-macam lagi perbuatan saya yang tidak disenangi mereka.
“Lagipun waktu itu, saya masih remaja dan saya tak nafikan mengalami kejutan budaya kerana mengecap populariti secara tiba-tiba. Disebabkan itulah saya sedikit tenggelam dengan kemasyhuran menyebabkan saya tak pernah ambil kisah apa yang perlu dan tidak perlu dilakukan oleh artis seperti saya,” kata Suki ketika menjayakan sesi fotografi bersama Hip di Centrio, Pantai Hill Park di ibu negara.
Walaupun kontroversi yang dilaluinya itu memang mengguris perasaan, namun tegas Suki, dia tidak pernah menyesal atas denai perjalanan yang ditakdirkan untuknya itu.
“Walaupun saya tahu ramai yang tak senang dengan saya, tapi saya tidak pernah menyesal. Apa yang berlaku pada saya sebelum ini, saya anggap sebagai pengalaman yang mendewasakan. Tanpa peristiwa itu, saya tak mungkin akan menjadi seperti sekarang,” katanya.
Antara sebab lain yang membuat Suki membuang jauh semua aura negatif dalam dirinya adalah kerana ada seseorang yang banyak memandu dirinya ke arah kebaikan.
Tanpa berselindung, penyanyi yang berasal dari Seremban, Negeri Sembilan ini mengakui dia memang sedang menjalinkan hubungan dengan seseorang yang lebih berusia daripadanya.
“Dia seorang ahli perniagaan dan lapan tahun lebih tua daripada saya. Kami memang sudah lama berkawan dan saya sendiri seronok berkawan dengannya. Selain sudah stabil dengan kehidupannya, dia juga seorang yang matang. Kematangannya itulah yang banyak mengajar saya erti kehidupan sebenar.
“Dia juga sering berada di sisi saat saya memerlukannya. Itulah yang membuat kami rapat. Bagaimanapun, kami masih belum memikirkan soal perkahwinan kerana banyak lagi perkara yang saya harus kejar. Lagipun kerjaya nyanyian saya baru hendak bermula, jadi buat masa ini biarlah kami berdua berkawan saja,” luah Suki jujur.
Rakam semula lagu nyanyian Alyah
SETAHUN selepas kemenangannya dalam OIAM, Suki menghasilkan album pertama yang berjudul Finally Akhirnya. Selepas itu, nama Suki seakan-akan lenyap dalam persada seni. Apakah kehilangannya itu disebabkan merajuk? Atau ada projek yang tidak mahu dihebahkan.
Menjawab persoalan itu, Suki berkata dia tidak pernah menghilangkan diri. Sebaliknya, dia melebarkan lagi sayap kerjaya seninya di negara Taiwan dalam bidang nyanyian dan juga lakonan.
“Pada 2009, saya ke Taiwan untuk menghasilkan album yang berjudul Ladies’ Night. Enam bulan di sana dan enam bulan lagi di Malaysia. Selain menghasilkan album, saya juga berlakon dalam drama bersiri berjudul The Gift, di sana. Bila berada di negara orang lain, barulah saya rasa rindu pada Malaysia dan juga pada keluarga.
“Sewaktu terbabit dalam penggambaran drama itu, saya bersendirian di sana. Waktu itu, memang rasa sedih sangat. Justeru, apabila semuanya selesai, saya rasa tak sabar kembali ke Malaysia dan tumpukan perhatian terhadap kerjaya nyanyian di sini pula,” cerita Suki lagi.
Atas hasrat untuk mengembalikan semula ingatan peminat terhadap dirinya, dalam diam Suki dalam proses menghasilkan sebuah album penuh yang turut menyaksikan dia bekerjasama dengan komposer dari Indonesia.
“Ada 10 lagu dalam album itu nanti. Lapan daripadanya lagu Melayu. Mungkin album ini berada di pasaran awal tahun depan. Antara lagu yang sudah pun dirakamkan ialah Aura, Untuk Kamu serta single pertama saya yang berjudul Terlalu Mencintaimu.
“Lagu Terlalu Mencintaimu itu pernah dirakamkan oleh Alyah dengan menggunakan tajuk Pusara Kasih. Bagaimanapun, disebabkan ada masalah dan lagu itu terperap begitu saja, ia kemudian diberi nafas baru dan diubah lirik serta judulnya,” cerita Suki mendedahkan rahsia di sebalik lagu ciptaan Ajai itu.
Dengan kemunculan single itu, Suki menaruh harapan semoga sinar kejayaan masih ada untuknya.
“Saya mahu lupakan semua kontroversi lalu dan apa yang saya harapkan sekarang ialah sokongan peminat. Saya masih mahu menyanyi dan inilah saja kerja yang saya tahu untuk mencari rezeki. Saya tak mahu sia-siakan lagi peluang yang mendatang,” tegas Suki serius.

No comments:
Post a Comment