Raja Azmi bersama suaminya, Jailani Sidek tetap menjalin hubungan baik dengan Roslin Hashim |
Namun kes tersebut yang memutuskan Raja Azmi yang mesra dengan panggilan Kak Mi tidak bersalah, telah membuka mata banyak pihak agar jangan mudah untuk menabur fitnah ke atas isteri kesayangan jaguh badminton beregu negara, Jailani Sidek.
"Alhamdulillah, sudah sampai seru untuk Kak Mi mengerjakan haji. Insya-Allah, pada 2 November ini, Kak Mi akan berangkat ke Mekah.
"Pemergian Kak Mi bukan bersama suami kerana pada tahun 2008, dia telah pun mengerjakan haji.
"Jadi, Kak Mi pergi bersama seorang kawan bernama Faridah Abu Bakar," katanya ketika ditemui di majlis rumah terbukanya di Ukay Perdana, baru-baru ini.
Menurut Raja Azmi lagi, segala kelengkapan dan persiapan untuk berangkat ke Mekah telah pun dilakukannya secara berperingkat-peringkat.
Katanya, doa daripada semua pihak amat dihargai agar Tuhan memberikannya kesihatan tubuh badan untuk mengerjakan ibadah haji kelak.
Kata Raja Azmi lagi, dengan izin Allah, apabila dia sampai di Mekah nanti, dia akan berdoa agar diberikan kekuatan dan ketabahan dalam mengharungi pelbagai tekanan dan dugaan.
"Pastinya juga doa saya untuk kesejahteraan keluarga kerana keluarga adalah tulang belakang di saat saya dihentam dengan fitnah," katanya.
Bikin filem biarpun tidak membawa keuntungan kepada produksi miliknya sudah menjadi darah daging bagi wanita kental ini.
Justeru, dia memberitahu, filem terbaru yang bakal diarahkan oleh menantunya, Mohd. Shadan Hashim berjudul Anak Ikan akan menemui penonton tahun depan.
"Ini bukan filem mengisahkan lelaki gay dan siapakah aktor yang akan mendukung watak utama, masih dalam bayangan saya.
"Setakat ini, bayangan itu ialah Shah Jazle dan Sam Bunkface. Perkara ini masih belum diputuskan lagi," katanya yang turut memberitahu, penggambaran Anak Ikan akan bermula Januari nanti.
No comments:
Post a Comment