SALING PERCAYA...Iqram dan Fouziah tidak mahu peminat salah anggap keakraban mereka.
USAH menerjah dua bintang muda ini dengan persoalan yang sama. Mempertikai hubungan yang sudah berkali-kali dijelaskan. Baik Iqram Dinzly mahupun si jelita, Fouziah Gous masing-masing sepakat menyuarakan hubungan yang sering menjadi teka-teki kepada sesiapa yang memerhati keakraban mereka sebenarnya tidak lebih daripada sekadar sahabat.
Pertemuan sekali lagi membawa kepada cerita menarik yang ingin disembangkan Iqram mahupun Fouziah. Bergaya sakan dengan persalinan Melayu yang menyerlahkan kejelitaan dan wajah kacak si pemakai, sesi fotografi khas sempena Syawal berjalan lancar, lebih-lebih lagi keserasian yang ada antara mereka membuatkan segala kisah menarik dan kenangan Aidilfitri mengalir sendiri tanpa perlu ditanya.
Jelas mereka, sahabat itu jauh lebih ikhlas dan jujur. Pada waktu sama, ia sentiasa diikat dengan kepercayaan. Meskipun tanpa ikatan cinta atau rasa kasih yang mampu membawa ke gerbang perkahwinan, dua dramatis popular ini masih mampu akrab dan berkongsi masalah mahupun cerita.
Iqram umpamanya yang begitu sibuk berkejar-kejar ke lokasi penggambaran dan menguruskan perniagaan kecil-kecilan menjual sambal ikan bilis, Iqram Bilis DinzlyCious menyifatkan Aidilfitri kali ini begitu lengkap kerana berjaya mengejar sasaran yang pernah ditetapkan sendiri.
Gambar : MANIS...dua sahabat yang meraikan Aidilfitri dengan penuh kesederhanaan.
Merentas tahun keenam menyambut Syawal dengan status sebagai selebriti, anak jati Ipoh, Perak yang pernah popular menerusi lakonan bersahaja dalam drama Na O Mei dan Dunia Baru pertama kali merasai kepuasan yang berbeza.
“Alhamdulillah tahun ini saya berjaya merealisasikan apa yang pernah saya impikan sebelumnya. Sepanjang Ramadan, saya berjaya menyiapkan drama siri Dewa Cinta dan terus berlari ke lokasi penggambaran telefilem Kalau Ada Jodoh bersama Fouziah juga Zahiril Adzim. Lebih menariknya, saya juga berkesempatan mengikuti program televisyen Singgah Sahur di Kuching dan Johor Bahru yang sudahpun disiarkan sebelum ini di TV3.
“Walaupun sibuk dengan perniagaan, jadual seni yang padat, saya berjaya juga mencuri masa untuk memenuhi semua undangan. Ia memang memberi satu kepuasan kepada saya meskipun perlu diakui rasa penat yang teramat kerana tidak punya masa yang cukup untuk berehat,” katanya yang bakal muncul dengan drama Keimanan Cinta tayangan TV9 sejurus selepas raya ini.
Menambah mengenai sambutan awal Syawal, anak muda berusia 30 tahun ini berkata, segalanya disambut secara sederhana malah dia tidak membuat sebarang tempahan untuk persalinan raya. Apa yang dipentingkan anak ketiga daripada empat beradik ini ialah memberi fokus kepada keluarganya terlebih dulu.
“Saya ingin sederhana saja tahun ini dan tidak mahu terlalu ikutkan keinginan.
Saya puas dengan persalinan jubah putih yang digayakan pada hari raya pertama.
Selebihnya biar keluarga yang tentukan kerana mereka lebih pakar dalam soal ini.
“Saya sempat juga menukar cat baru untuk rumah keluarga di Ipoh dan membeli serba sedikit barangan untuk kelengkapan keluarga. Saya dan abang yang juga Ketua Pemuda Umno cawangan Jelapang mengadakan rumah terbuka pada minggu pertama raya. Hati turut gembira kerana ramai keluarga terdekat dan sahabat-handai datang.
“Sepanjang Aidilfitri ini, Saya rasa bertuah kerana semua keluarga berada di Ipoh. Jadi saya bersama keluarga tidak perlu jalan jauh bagi menziarahi sanak-saudara. Lagipun setiap tahun memang rumah saya jadi tumpuan orang datang beraya hingga kami sekeluarga sendiri tidak berpeluang keluar rumah. Namun itulah keseronokan pada hari raya.
“Sebenarnya tahun ini saya berhasrat ingin berpuasa enam dan sebab itu juga saya ingin menghabiskan lebih masa berada di rumah keluarga untuk berpeluang berpuasa bersama,” katanya yang tidak sabar untuk digandingkan dengan pelakon handalan, Deanna Yusoff dalam drama tayangan Astro Prima selepas raya nanti.
Mendengar cerita Iqram, Fouziah di sebelah hanya mengukir senyuman. Namun sebaik dilontarkan persoalan sama, gadis kelahiran Kuala Lumpur ini punya cerita yang berbeza. Gadis yang tidak lekang senyuman juga kacukan Melayu, Pakistan dan Cina ini hanya menyatakan perasaan rindunya menyambut Ramadan di Tanah Suci. Oleh kerana kesibukan sepanjang puasa lalu, hasrat itu terpaksa dilupakan.
“Ada kalanya perasaan itu terbit dan rasa rugi juga kerana tidak awal menempah tempat ke sana. Jujurnya perasaan menyambut puasa di sana sukar diterjemah dengan kata-kata kerana suasananya sangat berbeza. Namun keindahan dan kemeriahan berpuasa serta beribadat itu benar-benar mengundang rasa ingin kembali meraikannya.
“Insya-Allah jika ada rezeki, saya akan ke sana cuma tahun ini saya sudah terikat dengan beberapa komitmen lain dalam kerjaya,” katanya yang baru pulang daripada mengerjakan umrah tiga bulan lalu ketika menjalani penggambaran drama rantaian Tahajjud Cinta.
Seperti rakan baiknya Iqram, kata Fouziah yang sibuk menghabiskan baki babaknya dalam projek khas penghargaan buat Tan Sri P Ramlee, Kalau Ada Jodoh, dia menyambut Aidilfitri secara ringkas dan lebih sederhana.
“Saya dan keluarga beraya di Kuala Lumpur saja dan pada raya kedua kami sekeluarga berkunjung di rumah keluarga kakak ipar di Pekan, Pahang. Memang tahun ini saya tidak berbelanja besar kerana ingin lebih berjimat dan meletak fokus pada kerja kebajikan saja. Saya memang berhasrat ingin memberi sumbangan dan bantuan kepada pihak yang memerlukan dan saya fikirkan itulah jalan terbaik untuk kita berbuat kebajikan.
“Insya-Allah jika ada rezeki, saya akan mengadakan rumah terbuka namun semua itu belum diputuskan memandangkan jadual kerja yang padat. Mana tidaknya, saya akan terus kembali ke lokasi penggambaran drama Manisnya Madu Pahitnya Hempedu arahan Erma Fatima yang masih belum selesai sebelum mula membuka skrip Trilogi Cinta musim kedua hujung tahun ini,” katanya tersenyum.
PROFIL FOUZIAH GOUS:
Nama penuh: Nor Fouziah Mohd Gous
Tarikh lahir: 11 Disember 1982
Umur: 29 Tahun
Tempat lahir: Kuala Lumpur
Keluarga: Bongsu daripada lima beradik
Kerjaya: Model dan pelakon
Pendidikan: Diploma Kesetiausahaan Kolej Systematic
Filem: Bujang Senang, Malaikat Maut, Skrip 7707, Otai, Rasukan Ablasa, Sifu & Tongga, Dua Hati Satu Jiwa, Ratu The Movie, Rasuk dan Hantu Bukit Cina
Drama: Sangga Saadah, Qa’naah, Cinta Medik, Impak Maksima The Series, Otai The Series, Pencak Akhir, Anak Mami, Enigma, Kain Ketat Isabella, Sutera Maya, Kasihmu Di Bulan Ramadan, Puisi Untuk Anis, Kepulangan, Bicara Dari Tuhan, Cinta Selat Tebrau, Spa Q, Trilogi Cinta, Kala Terbit Cinta dan Tahajud Cinta
Iklan: Adabi, Homesoy, Kentucky Fried Chicken (KFC), Fab dan Munchies
Pencapaian: Pelakon Harapan Wanita Popular (Anugerah Shine Pantene) pada Anugerah Skrin 2007
PROFIL IQRAM DINZLY:
Nama penuh: Muhammad Iqram Dinzly Muhammad Saipuddin
Tarikh lahir: 29 September 1981
Umur: 30 tahun
Tempat lahir: Ipoh, Perak
Keluarga: Anak ketiga daripada empat beradik
Kerjaya: Model, pelakon dan pengacara
Pendidikan: Diploma Seni Persembahan, Universiti Teknologi MarA (UiTM)
Filem: Apokalips, Rasuk, 2 Hati 1 Jiwa, Sifu & Tongga, Evolusi KL Drift dan Dunia Baru The Movie
Drama: Mentari Jingga, Mat Burger, Janji Diana, Bukan Yang Pertama, Dua Hati, Cinta Medik, Din atau Dina, Enigma, Bella, Asmaradana, Wangian Firdausi, Ayoub, Dewa Cinta, Kasih Alia, Keimanan Cinta, Laila Manja, Na O Mei, Dunia Baru, Ayah, Graduan, Izinku Pergi, Cinta Bulan dan Mentari, Bella, Memoir Seorang Lelaki, Rempit vs Impak Maksima The Series, La Dolce Amira, Puteri Aurora Beradu, Novelis Babysitter dan Asmaradana.

No comments:
Post a Comment