Adik Sam, vokalis kumpulan Bunkface ini tidak hirau soal glamor dan populariti walaupun terbabit dunia sejak berusia 13 tahun.
MENITI satu tangga ke tangga seterusnya adalah matlamat yang ingin digapai bakat baru dalam bidang lakonan, Siti Saleha Mohd Baharum atau Siti Saleha.
Gadis manis berusia 20 itu kini tidak mahu memikirkan populariti biarpun sudah bergelumang dengan dunia penuh glamor ini sejak berusia 13 tahun. Sebaliknya, gadis berdarah campuran Melayu/British ini nekad untuk menumpukan secara serius profesion lakonan yang diceburinya berlandaskan bakat yang ada.
No comments:
Post a Comment