Peristiwa Pertempuran di Balai Polis Bukit Kepongadalah kesan kekejaman pengganas Komunis semasa keadaan darurat selepas Perang Dunia II. Dalam kejadian tersebut Balai Polis Bukit Kepong (BPBK) diserang oleh segerombolan 180 orang pengganas komunis bermula sekitar jam 5.00 pagi pada 23 Februari 1950.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Dalam kejadian tersebut, para anggota polis berjuang habis-habisan sehingga seorang demi seorang gugur. Dua orang isteri anggota Polis Marin turut mengangkat senjata apabila mendapati suami mereka terkorban dan mereka terus bertempur bersama anggota-anggota lain sehingga kehabisan peluru. Dalam mempertahankan balai polis Bukit Kepong, 17 orang anggota telah terkorban.
Ini adalah pertempuran bersenjata yang bersejarah yang diantara pihak polis dan anggota Parti Komunis Malaya atau lebih dikenali sebagai Bintang Tiga semasa sebelum kemerdekaan Tanah Melayu. Pertempuran ini berlaku di kawasan sekeliling BPBK yang diperbuat daripada kayu ini terletak ditebing sungai Muar, sekitar 59 km dari bandar Muar.
Kejadian ini bermula sebelum subuh apabila pihak Komunis melancarkan serangan gerila ke BPBK. Ia berakhir dengan tragik dalam penyembelihan berdarah dengan penyerang membunuh hampir kesemua pegawai polis yang bertugas di situ. Pihak komunis hendak menjadikan contoh dari serangan itu tentang apa yang akan terjadi kepada mereka yang menentang perjuangan Komunis. Apabila mereka memulakan pengepongan, pihak penyerang percaya bahawa mereka akan dapat mengalahkan polis dan mengawal stesen polis tersebut dalam tempoh yang singkat. Ini disebabkan beberapa faktor yang menyebelahi mereka seperti kelebihan senjata dan jumlah keanggotaan serta kedudukan BPBK yang terpencil (sukar dan lambat untuk mendapat bantuan luar).
BPBK terletak diselekoh sungai Muar, sebuah perkampungan kecil yang terpencil dengan sekitar dua puluh buah rumah dan kedai. Menjelang awal 1950, ia merupakan tumpuan pergerakan pihak komunis di situ. Ketika itu BPBK itu diketuai oleh Ketua Polis Balai (KPB) Sarjan Ray Dancey, yang pernah berkhidmat di Palestin. Ketika serangan ke atas balai tersebut, beliau telah lama ditukarkan dan jawatannya diambil alih oleh Sarjan Jamil Mohd Shah, kemungkinannya perkara yang diketahui oleh penyerang komunis.
Selain itu terdapat platun campuran 15 anggota polis Tugas Am dan Konstabel Polis Marin pimpinan Sarjan Jamil sendiri. Ketika itu pasukan ini turut diperkukuhkan oleh tiga konstabal polis khas dan empat Polis Tambahan bagi tugas mengawal dan lain-lain, yang menjadikan 22 orang anggota kesemuanya.
Tiga belas isteri dan anak-anak anggota tinggal di berek kelamin di sebelah belakang Balai. Sistem perhubungan yang sukar adalah sebab utama penempatan pasukan polis marin di situ malah, pengangkutan utama ke Bukit Kepong adalah dengan menaiki bot menyusuri Sungai Muar.
Serangan Pengganas Komunis
Menurut saksi, terdapat sekitar 200 orang pengganas komunis daripada Kompeni Bebas ke-4 yang menyerang dan dipercayai diketuai oleh Muhammad Indera, seorang Ketua Komunis Melayu yang diperdaya oleh pihak komunis Cina, di mana pada awal rancanganya Muhammad Indera dimaklumkan bahawa serangan itu sebagai amaran sahaja, bagaimanapun ia bertukar menjadi tragedi buruk, ia juga disertai oleh Komisser Goh Peng Tun.
Mat Indera (Pejuang atau Pengganas?) - mungkinkah Mat Indera ini boleh kategorikan sebagai Hang Jebat- yang terpaksa menderhaka kepada negara, membunuh bangsa sendiri kerana ingin menentang kezaliman (penjajah)?
Pihak komunis mengepong balai Polis dengan separuh di bahagian hadapan, bakinya mengelilingi balai polis tersebut. Pertempuran bermula sekitar 04.15 pagi. Apabila Konstabel Jaffar bin Hassan mencabar dan menembak mati seorang pengganas komunis yang sedang memotong kawat duri balai tersebut. Pihak komunis kemudiannya menyerang dari segenap sudut, terutamanya dari bahagian hadapan. Mereka berharap serangan ini mengejutkan pihak polis tetapi kini berhadapan dengan tentangan hebat anggota-anggota polis tersebut, terutamanya daripada dua kedudukan Bren Gun yang terletak di dalam kubu di bawah bilik Kawalan. Sungguhpun lebih sedikit, pihak polis yang diketuai oleh Sarjan Jamil enggan menyerah, walaupun berkali-kali diseru oleh komunis agar mereka menyerah. Satu persatu anggota gugur apabila pertempuran berterusan dan dua orang isteri polis yang bertahan turut serta berjuang apabila mendapati suami mereka terkorban semasa pertempuran.
Sekitar pukul 5 pagi pasukan Polis Bantuan beserta sekumpulan penduduk kampung yang lengkap bersenjatakan raifal dan senapang patah digerakkan di Kampong Jawa di bawah pimpinan penghulu Ali bin Mustaffa, dan bergerak untuk membantu. Mereka diserang hendap oleh komunis yang ditugaskan untuk menghalang sebarang bantuan dari luar dan beberapa orang kampung serta pihak komunis juga turut terkorban dalam pertempuran dikawasan itu. Sekitar masa ini, kedua-dua kedudukan Sten Gun turut dimusnahkan komunis.
Sekitar pukul 7 pagi, pihak komunis menawan seorang isteri polis Mariam Ibrahim, isteri kepada Konstebel Mohamad Jaafar. Dikhabarkan, ketua kumpulan komunis, Mat Indera memaksa Mariam merayu agar pihak polis menyerah tetapi tidak diendahkan oleh Jamil sendiri. Pada masa ini Fatimah Yaaba dan anaknya Hassan turut ditawan dan dipaksa menyeru pihak polis menyerah. Mereka yang bertahan enggan berbuat demikian dan terus berjuang habis-habisan. Apabila mereka enggan menyerah, Mariam dicederakan dan Fatimah dibunuh. Suami Fatimah, Konstabel Abu Bakar Daud yang bertugas sebagai pemandu bot di sungai Muar, turut berjuang menentang pihak komunis sehingga cedera setelah ditembak di dada dan tangan, ketika mempertahankan botnya.
Dalam detik terakhir pertempuran hebat itu, komunis membakar berek kelamin dan balai polis. Dua wanita dan anak-anak mereka terbakar hangus dalam berek kelamin. Pada ketika itu hanya 3 orang anggota polis dan seorang pengawal kampung yang masih hidup. Mereka meluru keluar dari balai yang terbakar dan merempuh kedudukan komunis, membunuh sekurang-kurangnya tiga dari kumpulan pengganas yang cuba menghalang mereka. Pihak komunis terus menembak mereka yang cuba lari daripada balai polis yang sedang terbakar itu. Ketika ini penduduk kampung Durian Chondong disebelah barat menghantar bot ke Lenga untuk memberitahu pihak berkuasa mengenai serangan ini.
Hanya selepas lima jam bertempur, baru pihak komunis berjaya menawan balai polis dan membakar balai tersebut. Mereka kemudian berundur kedalam hutan, meninggalkan kesan kemusnahan dan kematian. Pihak komunis turut melontar mereka yang tercedera dan mayat mereka yang terkorban ke dalam api. Antaranya termasuk Hassan bin Abu Bakar anak kepada Konstebal Abu Bakar yang dicampak hidup-hidup kedalam api.
14 anggota polis termasuk Sarjan Jamil, 4 pengawal kampung, 3 polis bantuan, isteri Abu Bakar Daud (adalah seorang polis yang terselamat) dan tiga anak mereka terbunuh dalam kejadian tersebut.Jumlah kematian adalah 25 orang. Mereka yang terselamat pertempuran maut itu adalah 4 anggota polis dan 9 ahli keluarga termasuk isteri dan anak mereka.
Semasa serangan tersebut, bantuan dihantar dari Kampung Tui semasa pertempuran bergema kebeberapa kampung berdekatan. Sekumpulan penduduk yang diketuai oleh Penghulu Kampung Ali Mustafa dari Kampung Tui diiringi oleh 13 AP/HG (Polis Bantuan - Auxiliary Police/Pengawal Kampung - Home Guard). Mereka diserang hendap oleh komunis dalam perjalanan sekitar setengah kilometer dari BPBK. Mereka kekurangan senjata berbanding komunis yang menggunakan senjata automatik berbanding raifal dan senapang patah yang dibekalkan kepada penduduk kampung. Beberapa pengawal kampung tercedera
dan terbunuh. Walaupun tersekat, kehadiran mereka mengurangkan tekanan kepada pasukan bertahan di Bukit Kepung dan memaksa pengunduran umum komunis.
Disebabkan keadaan tidak seimbangan, Ali Mustafa mengarah pengawalnya berundur sementara yang lain diarah mempertahankan kawasan sekeliling bandar Bukit Kepong. Pihak komunis akhirnya berundur selepas membakar pejabat kampung dan merompak beberapa kedai.
Pada masa yang sama, sekumpulan pegawal kampung lain dari Kampung Durian Chondong menggunakan sampan berkayuh kearah Bukit Kepong bagi memberi bantuan. Dalam perjalanan, mereka turut diserang hendap oleh komunis. Hanya separuh daripada 7 penduduk dalam kumpulan tersebut terselamat untuk terus ke Lenga. Mereka sampai ke sana pada jam 10 pagi dan ketika itu berita mengenai serangan keatas BPBK disampaikan.
Mayat anggota polis yang hangus terbakar bersama Balainya- Ya Allah ampunilah dosanya
Apabila pengawal kampung memasuki kampung Bukit Kepong, mereka dapat melihat kemusnahan akibat serangan kejam tersebut. Ketua kampung mengambil alih pentadbiran pos luar tersebut sehingga diganti oleh pasukan polis dari Muar. Pertempuran Bukit Kepong dianggap sebagai kekalahan tragik yang bagaimanapun mengukuhkan lagi semangat kerajaan dan penduduk untuk memerangi pengganas komunis. Sepasukan kecil berjuang menentang pasukan yang jauh lebih besar meningkatkan semangat dan moral dalam perjuangan menentang komunis. Terdapat pendapat yang menyamai peristiwa Bukit Kepong dengan Alamo, di mana anggota polis Bukit Kepong sama seperti penduduk (Texans) berhadapan dengan cabaran yang hebat dan berjuang sehingga ketitisan darah terakhir.
Siapa Mereka?
Mereka yang terselamat semasa pertempuran Balai Polis Bukit Kepong ialah:
A. Anggota Polis
1. Konstabel Othman Yusoff (meninggal);
2. Konstabel Marin Abu Bakar Daud (meninggal);
3. Konstabel Tambahan Ahmad Khalid (meninggal);
4. Konstabel Yusoff Rono ( bersara Sarjan dan telah meninggal dunia pada tahun 2005 pada usia 83 tahun)
Almarhum Yusof Rono
B. Ahli Keluarga Anggota Polis
1. Mariam Ibrahim - balu Konstabal Muhamad Jaafar
2. Zainun Muhamad - anak perempuan Konstabel Muhamad Jaafar
3. Abu Samah Muhammad - anak lelaki Konstabel Muhamad Jaafar
4. Zaleha - anak perempuan Konstable Muhamad Jaafar
5. Jamilah - anak perempuan Konstabel Marin Abu Bakar Daud
6. Hussain - anak lelaki Konstabel Marin Abu Bakar Daud
7. Fatimah Abdul Manan @ Timah Lawa - isteri Konstabel Hassan Osman
8. Pon Khalid - isteri Konstabel Marin Awang Ali
9. Fatimah Tuani - isteri Konstabel Hamzah Ahmad
C. Pahlawan Negara Yang Terkorban Dalam Pertempuran Bukit Kepong
Anggota Polis
1. Sarjan Jamil Mohd Shah (KPB Bukit Kepong)
2. Koperal Mohd Yassin Haji Wahab (T/KPB Bukit Kepong)
3. Lans Koperal Jidin Omar
4. Konstabel Hassan Osman
5. Konstabel Hamzah Ahmad
6. Konstabel Jaafar Hassan
7. Konstabel Muhamad Jaafar
8. Konstabel Marin Ibrahim Adam
9. Konstabel Abu Mohd Ali
10. Konstabel Abu Kadir Jusoh
11. Konstabel Marin Awang Ali
12. Konstabel Marin Basiron Adam
13. Konstabel Tambahan Mohd Top Lazim
14. Konstabel Tambahan Jaafar Arshad
D. Polis Bantuan Yang Terkorban
1. AP Samad Yatim
2. AP Mahmood Saat
3. AP Ali Akop
4. AP Othman Yahya
E. Anggota Keluarga Anggota Polis Yang Terkorban
1. Fatimah binti Yaaba - isteri kepada Konstabel Marin Abu Bakar bin Daud
2. Hassan bin Abu Bakar - anak lelaki kepada Konstabel Marin Abu Bakar bin Daud
3. Saadiah - isteri kepada Konstabel Abu Mohd Ali
4. Simah binti Abu - anak kepada Konstabal Abu bin Mohd Ali
F. Anggota Polis Bantuan (AP) dan Pengawal Kampung yang terkorban dalam pertempuran diluar Balai Polis
1. AP Redzuan bin Alias
2. Embong bin Lazim
3. Koh Ah Cheng
Ya Allah,Engkau Maha Pengampun. Biarpun Malaysia belum lahir dan mereka berjuang di bawah bendera Union Jack, namun Engkau lebih Maha Mengetahui, mereka bukan berkorban untuk kedaulatan British, tetapi semata-mata untuk Tanah Air mereka. Biar sebesar mana dosa mereka (yang beragama Islam), Engkau ampunilah mereka semua. Nyawa mereka lah antara yang menyumbang kepada kenikmatan keamanan yang kami kecapi hari ini.
WALAUPUN SABAN TAHUN FILEM ‘PERISTIWA BUKIT KEPONG’ ARAHAN JINS SHAMSUDDIN (TAN SRI DR) DIULANG TAYANG, ADAKAH IA MENYENTUH HATI PIHAK BERWAJIB SUPAYA DARAH YANG MENGALIR DALAM TUBUH KETURUNAN PAHLAWAN INI (atau KETURUNAN MEREKA) TELAH MENDAPAT PERHATIAN SEWAJARNYA.
AKU TAK PASTI SAMA ADA AHLI KELUARGA HERO-HERO BUKIT KEPONG INI MENDAPAT APA-APA GANJARAN DARI PIHAK KERAJAAN JOHOR ATAU KERAJAAN PUSAT?
MEREKA TIDAK LAYAK MENDAPAT ANUGERAH ‘SP’ ATAU ‘PGB’ ATAU PINGAT-PINGAT KEPAHLAWANAN NEGARA SELEPAS MERDEKA, NAMUN ADAKAH MEREKA TIDAK LAYAK MENDAPAT ANUGERAH KERAJAAN SEKARANG SEPERTI TANAH, BIASISWA ATAU SEBAGAINYA.
- coltoras1959
No comments:
Post a Comment