Kali terakhir Lisa bekerjasama dengan Red Communications adalah menerusi filem Goodbye Boys pada tahun 2005 dan ternyata tawaran terbaru yang datang tidak dilepaskan oleh pelakon tersebut.
Bakal memegang peranan sebagai Dian, Lisa dipertemukan buat pertama kali dengan Beto Kusyairy (Haris) dan Tomok (Azad). Bagi memantapkan lakonan mereka, sesi latihan telah dianjurkan oleh tenaga produksi Red Films.
“Latihan membolehkan kita mendalami skrip dan membaca apa yang diingini pada setiap watak, tidak hanya watak kita saja tetapi juga dengan rakan lakon kita. Saya tidak mengatakan produksi yang tidak melaksanakan latihan sesuatu yang salah, adakalanya ia boleh menjadi. Sesi latihan satu perkara yang bagus dan patut diamalkan oleh setiap produksi filem. Bila berlatih bersama Beto dan Tomok, Lisa dapat sesuatu yang baru daripada mereka,” tambah Lisa lagi.
Mendapatkan jawapan sama ada kekasih hatinya, Yusry akan melamarnya di Istanbul, “Dia agak sibuk dengan pra produksi untuk filem Vikingdom dan pastinya dia perlu menguruskan kerja-kerjanya di sini. Nampak gayanya, tiadalah kot.”
Antara filem yang menampilkan wajah Lisa Surihani sebagai pelakon untuk tahun ini antaranya Ombak Rindu dan Papa I Love You.
No comments:
Post a Comment