Melalui akhbar sisipan Pancaindera dalam Mingguan Malaysia semalam, mata kami tertarik pada satu gosip yang menarik.
Walaupun penulisnya ini tidak menyebut siapakah gerangan artis yang di maksudkan, namun berdasarkan hints yang diberi, ianya banyak menuju kepada pengacara dan pelakon AC Mizal.
Artikel tersebut menyebut satu insiden tarik kereta seorang selebriti popular berlaku baru baru ini di sebuah kompleks membeli belah di Kuala Lumpur. Selebriti yang petah berjenaka & berkata kata itu di katakan memiliki 7 buah kereta mewah yang mana ansuran bulanan kereta-kereta tersebut mencecah lebih RM100,000.
Selebriti ini terkenal dengan perniagaan MLM yang di jalankan olehnya dan beliau juga di katakan pernah beberapa kali menayangkan ‘hasil perniagaan’ kepada media.
Saksi kejadian tarik kereta berkata kepada penulis artikel yang selebriti & isterinya tidak mampu berbuat apa apa selain melihat sahaja kereta mewah mereka itu dibawa pergi oleh si penarik kereta.
Tambah penulis artikel tersebut lagi, beberapa buah kereta mewah lain selebriti ini dalam senarai menunggu proses untuk di kembalikan semula kepada pihak bank. Apa cerita beb?
No comments:
Post a Comment