Tuesday, September 20, 2011

Kempen 1 karat berlian Tomei


KECANGGIHAN teknologi berasaskan Internet dimanfaatkan dengan pelancaran program kesetiaan barangan kemas pertama di Malaysia.

Tomei, jenama yang mempelopori program itu mengatur strategi bagi memastikan program keahlian tanpa kad tersebut memberi pulangan lumayan kepada ahlinya.


Justeru bersempena pelancaran program tersebut, Tomei turut melancarkan kempen RM100 untuk satu karat berlian yang memberikan peluang kepada ahli memperoleh enam butir berlian bernilai lebih RM200,000.

Dalam kempen itu Tomei turut membawa lima lagi jenama di bawahnya seperti Tomei Gold & Jewellery, My Diamond, T.H. Jewelry, Goldheart dan Le Lumiere.

Ia berlangsung dari 1 Ogos dan bakal berakhir pada 31 Januari 2012. Menerusi kempen berkenaan setiap baucar yang berharga RM100 hanya akan dijual pada harga RM80 untuk ahli program kesetiaan tersebut.

Menurut Pegawai Perhubungan Awam Tomei, Christine Lim, untuk menjadi ahli setia kepada produk Tomei tiada sebarang pembayaran perlu dibuat. Cara menyertainya juga mudah iaitu dengan mengisi borang secara dalam talian.

"Setelah menjadi ahli setia ini mereka boleh menyertai seberapa banyak kali pertandingan. Namun hanya boleh menang berlian sekali sahaja. Bermakna satu baucar untuk satu borang.

"Baucar ini juga sesuai dibeli sebagai hadiah untuk yang tersayang kerana jika tidak menyertai pertandingan mereka boleh membeli barang emas dengan baucar tersebut," jelasnya.

Sempena pelancaran kempen tersebut, Tomei turut memperagakan set barangan kemas yang direka khas sempena Hari Raya tahun ini. Pelbagai jenis koleksi itu boleh didapati di Tomei.

Bagi pelanggan emas Tomei yang berminat menyertai program keahlian tersebut boleh mendaftar melalui laman web www.myjewelclub.com.

No comments:

Post a Comment