KUALA LUMPUR 18 Sept – Sebuah kapal peronda Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) “KD Pari” separuh tenggelam apabila bilik jentera utamanya bocor dinaiki air setelah salah satu daripada ”shaft”nya tertanggal.
Kejadian itu berlaku pada pukul 2.53 petang Khamis lalu, semasa kapal itu baru sahaja keluar dari Pulau Layang-Layang untuk melakukan rondaan di perairan Gugusan Semarang Peninjau di perairan Sabah.
Bagaimanapun, kesemua sembilan pegawai dan 27 anak kapal jenis “Fast Attack Craft-Gun” itu terselamat.
Pegawai Perhubungan Awam Markas TLDM, Lt Kdr Masliza Maaris, dalam kenyataan di sini hari ini, berkata, tindakan pantas serta kecekapan Pegawai Memerintah dan anak-anak kapal itu bagaimanapun berjaya merapatkan kapal itu di jeti Pulau Layang-layang.
"Setelah merapat, kapal itu berada dalam keadaan separa tenggelam akibat dari kadar kemasukan air yang lebih deras berbanding dengan keupayaan mengeluarkan air dari kapal, walaupun dengan menggunakan beberapa buah pam mudah alih,” katanya.
Masliza berkata, bagaimanapun dengan bantuan penyelam TLDM, KD Pari kapal itu berjaya diapungkan semula dengan menggunakan ”lifting bag”. – Bernama
Then baca neh ;
Salam Sejahtera,
Baru terima SMS dari pemberi maklumat dari Teluk Sepangar Sabah,,,
KD PARI mendapat arahan umtuk mengesan kapal People Republic Of China (PRC) yang memasuki peairan Malaysia,Kesian,, bila staff Engine Room baru nak rem engine (RPM) tiba-tiba bilik engine room dah mengalami kebocoran,, kapal yang baru keluar dari pangkalan jeti terumbu berpatah balik ke jeti, selepas 4 jam dari kejadian tersebut baru kapal KD PARI tenggelam, nasib baik kesemua anak-anak kapal selamat...Mengikut maklumat stern tube bocor, shaft center tercabut,, jadi usaha nak menyelamat keadaan dari kebocoran memang susah, sebab stern tube tu terletak dibawah generator centre... jadi sukar nak menutup lubang kebecoran tu..Mengikut sumber pada hari Raya yang kedua lalu Kapal KD SERANG dilaporkan mengalami kebakaran, tidak pasti kecil atau besar,,, 2 bulan yang lalu, Kapal KD TODAK grounded (tersangkut), kes sebegini disebabkan batang balak yang hanyut,,, sure lingkup kipas (proppeller) kapal tu....Susah nak cakap dengan kualiti anggota tentera terutama yang muda-muda sekarang ni,,, malas aku nak komen........apa akan jadi dalam masa 10 tahun lagi.Apakah ini sebagai ketidakan puasan hati anggota bawahan terhadap Panglima Tentera Laut Dato Aziz yang dikatakan terlalu angkuh dan berkira dengan anggota bawahan,,, sekarang ni bila aku berbual dengan anggota-anggota TLDM, proses nak sambung perkhidmatan cukup susah buat anggota LLP, entah kenapa,, tetapi untuk pegawai,, errmmm mudah.... inilah jadinya bila keadilan dalam sesuatu organisasi dah tiada... -manjongmari-
Then baca neh ;
gua x mau cakap panjang lebar la.. adalah satu yang x masuk akal bila sebuah kapal TLDM yang baru selesai refit (pembaikan) pada tahun 2009 dgn kos lebih kurang RM 12 juta boleh tenggelam kat jeti. mana CO ALD 2?
Mana CO DSA?
mana CO FSD?
Mana Panglima Sistem?
Mana KP Mat?
Mana KP Jutra?
Mana AKS LOG?
Mana PTL?
kenapa isu ni x boleh dihebahkan? sensitif sangat ke? kos pembaikan kapal di limbungan ditanggung oleh cukai yang dibayar oleh rakyat. jadi apa-apa yang terjadi kepada aset yang dibayar oleh rakyat, rakyat kena tau. konsep operasi x penting yang penting adakah aset yang ada digunapakai dengan baik dan selamat. kita x nafikan pengorbanan anggota dan warga kapal yang dok tengah laut masa orang lain cuti tapi keselamatan mereka dan kapal mereka harus diutamakan. ni bukan cerita kapal baru atau kapal lama. ni cerita kapal rosak yang dipaksa belayar sebab ada orang tak mau bersoal jawab dengan pihak yng lebih tinggi. ni la akibatnya. nyawa budak-budak kat kapal tu jadi taruhan. kalau kat US panglima di dah berenti dah bukan CO kapal tu. sapa yang nak cabar masuk balik gua rasa dia yang x tau status navy skrg ni. -manjongmari-
Aku malas nak menulis sangat dalam isu yang aku tak faham. Bab kapal mengapal neh memang siyes cakap aku zero knowlegde. Tapi setelah aku baca perkara di atas jelas yang aku faham ialah ;
1.KD PARI dah berusia lama. Lebih dari 30tahun. Kalau salah betulkan yer.
2. Pada tahun 2009 KD Pari pernah dibaiki sebanyak 12 juta.
3. Wujud unsur2 penyelewengan pegawai atasan yang menekan pegawai bawahan.
4. Dan berdasarkan kepada usia-nya KD PARI sepatutnya bersara daripada menjalani apa2 tugas akibat dah "uzur" meskipun kerajaan dah kerugian kerana 12juta dah terbuang akibat kos membaikpulih-nya pada tahun 2009.
Lihat statement zahid sendiri kat bawah neh ;
TELUK INTAN: KD Seri Inderapura, kapal pendarat terbesar Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terbakar semasa berlabuh di jeti Pangkalan TLDM Lumut semalam terbakar untuk kali kedua Jumaat.
Kebakaran itu telah berjaya dipadamkan semalam. Bagaimanapun, sehingga jam 5 petang tadi, kapal tersebut masih kelihatan terbakar.
Terdahulu, bercakap kepada para wartawan di Bagan Datoh dekat sini, Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, kebakaran kali kedua itu mungkin berpunca daripada bara api yang masih wujud di dalam kapal berkenaan.
"Sekarang, saya masih menunggu maklumat berkenaan situasi semasa yang dikemaskinikan," katanya selepas melancarkan lima platun Askar Wataniah di Perak Selatan.
Ahmad Zahid berkata, pihak kerajaan tidak dapat menentukan apa yang harus dilakukan terhadap kapal itu sehingga menerima laporan penuh mengenai insiden itu daripada lembaga penyiasatan dalam tempoh sebulan.
"Kita akan tunggu laporan itu sebelum menentukan apa yang harus dilakukan dengan kapal itu," katanya ketika ditanya sama ada kapal tersebut boleh diselamatkan dan diubahsuai menjadi muzium.
KD Sri Inderapura dibina pada 1970 dan pernah digunakan oleh Angkatan Tentera Laut Amerika Syarikat selepas ditauliahkan sebagai USS Spartanburg County.
Pada Disember, 1994, kapal itu diserahkan kepada tentera laut Malaysia.
Ia merupakan salah satu kapal tentera laut yang digunakan untuk mengiringi kapal-kapal dagang Malaysia bagi mengelakkan serangan lanun di Teluk Aden, Somalia tahun lalu.
Ahmad Zahid berkata kerosakan pada kapal tersebut Khamis lalu adalah jauh lebih besar berbanding kerosakan pada 2002 juga ekoran kebakaran.
"Ia menelan RM68 juta untuk TLDM membaiki kapal berkenaan selepas kebakaran pada tahun 2002 dan kos membaikpulihnya kini barangkali adalah jauh lebih tinggi berbanding sebelum ini.
"Sekiranya ia boleh dibaiki pada kadar harga berpatutan, kita akan baikinya. Jika tidak, adalah lebih baik kita membeli kapal baru," katanya.
Ahmad Zahid bagaimanapun berkata, pihak kerajaan berkemungkinan besar mempertimbangkan untuk membeli kapal pada kelas yang berlainan iaitu kapal pelbagai kegunaan.
Ini kerana katanya, tentera laut telah mempunyai kapal pendarat yang lain.
Sambil menyangkal spekulasi kebakaran Khamis lalu itu adalah satu sabotaj atau kecuaian, Ahmad Zahid berkata, beliau sangat yakin dan mempercayai keupayaan anggota-anggota tentera.
"Seperti orang tua yang mungkin sakit di sini dan situ, saya percaya kapal itu mungkin mengalami kerosakan-kerosakan teknikal tertentu.
"Bagaimanapun, ia tidak berpunca daripada sabotaj atau kecuaian kerana tentera laut membuat pemeriksaan seperti yang dijadualkan," kata Ahmad Zahid.
Beliau menambah pihak kerajaan mempertimbangkan untuk tidak menggunakan kapal-kapal yang telah berusia 25 tahun ke atas. -berita dipetik dari blog-
Hurrmmm... aku suka nak dengar pandangan orang yang arif dalam bidang neh. Aku bukan apa.. kalau benda2 dah rosak cam neh takyah guna lagi larh weh. Duit boleh cari. Kalau dah teruk sangat dari repair juta2 elok larh beli lain je [pastikan bebas penyelewengan]. Neh babitkan urusan nyawa whoorr.. jangan main2 dengan nyawa manusia. Lue fikirlah sendiri.
Ameno : nuri dah jadi pengajaran.. takmo amek iktibar ka?
Sumber : amenoworld
No comments:
Post a Comment