Thursday, September 8, 2011

Adnan Yaakob Kena Tebang Balak Lagi?

jalanpulang1978 - Pemegang-pemegang saham sebuah syarikat pembalakan memulakan tindakan mogok lapar hari ini bagi mendesak kerajaan negeri Pahang menjelaskan ganti rugi RM70 juta yang dianugerahkan oleh mahkamah empat tahun lalu.


John Chong, 70, dan Ramli Sulaiman, 46, dua daripada 10 pemegang saham dan pengarah-pengarah Seruan Gemilang Makmur Sdn Bhd, memulakan mogok lapar di Tokong Six Harmonies, Segambut, di sini bermula 10 pagi tadi bagi menggambarkan sikap tidak patuh undang-undang di pihak kerajaan negeri.

Chong, bekas pegawai Mahkamah Tinggi, berkata beliau sanggup mengadakan mogok lapar sehingga pengsan jika kerajaan negeri Pahang enggan membayar pampasan itu.


“Keadilan dilewatkan bermakna keadilan dinafikan,” kata beliau kepada pemberita di sini pagi ini.

“Negara kita adalah negara yang ada undang-undang. Salah satu prinsip Rukunegara ialah keluhuran undang-undang,” katanya.
Ramli, 46, juga sanggup untuk mogok lapar sehingga “mati, sakit ataupun yang lain”, kerana sudah bosan dengan sikap Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob dan kelemahan kerajaan.

“Disebabkan seorang Menteri Besar macam ini, nama Pahang diseret ke lumpur,” katanya lagi.

Pada September 2008, kerajaan Pahang diperintahkan membayar RM60 juta kepada sebuah syarikat pembalakan selepas gagal dalam usaha terakhirnya di Mahkamah Persekutuan bagi mendapatkan kebenaran untuk merayu.

No comments:

Post a Comment